• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Seni & Kemanusiaan>Sejarah>Hukuman yang mengerikan..

.

Hukuman yang mengerikan..

oleh : onlylurve     

Pengarang : mastika

1.diikat dan dibiarkan dihurung serangga


hukuman ini dimulakan dengan membogelkan pesalah. kaki, tangan,

kepala dan badan diikat pada sebatang kayu atau papan. kemudian pesalah akan dibiarkan terapung di kolam atau di jemur dibawah terik matahari dalam keadaan terlentang. sebelum dijemur, pesalah terlebih dahulu diberi minum susu dan madu dalam kuantiti yang sagat banyak sehingga menyebabkan cirit-birit.susu dan madu pula di sapu pada badan pesalah terbabit untuk menarik perhatian serangga seperti semut lalat,kumbang,tebuan dan lebah. serangga-serangga tersebut akan menghurung,menyengat dan bertelur di badan pesalah. pesalah akan diberi susu dan madu selagi pesalah tersebut masih hidup. cirit birit akan menyebabkan pesalah terbabit kehilangan banyak air dalam badan selain daripada kelaparan, terkejut dan kesakitan.hukuman ini telah dilaksanakan pada zaman parsi purba.
2.disiat kulit


hukuman ini dilakukan pada 200-600 SM oleh pemerintah Assyria. menteri yang  memberontak ditangkap dan disiat kulit mereka hidup-hidup. tubuh pesalah akan ditinggalkan begitu sahaja manakala kulit mereka akan dipaku pada dinding sebagai amaran kepada rakyat supaya tidak menggugat kuasa raja. hukuman ini turut dijalankan pada zaman pertengahan di Eropah kepada golongan pembelot. di Britain, hukuman ini dilakukan terhadap penceroboh gereja.
3.dicampak kelaut dan ditarik menggunakan bot (keelhauling)
dilakukan oleh tentera Belanda sekitar tahun 1560 hingga 1853 untuk membanteras kegiatan lanun. berasal daripada perkataan belanda iaitu 'keilhalen keel'.apabila kelasi-kelasi kapal ditanggkap kerana didapati melakukan kesalahan berat, mereka akan diikat sebelum dicampakkan ke laut kemudian ditarik menggunakan bot. bot tersebut akan menyeret pesalah kekawasan yang cetek dan berbatu karang yang tajam. hukuman ini akan menyebabkan pesalah mengalami luka yang teruk dan juga lemas.
4.dibuang ke pulau
kapten atau kelasi yang melakukan kesalahan akan dibuang ke sebuah pulau yang kecil dan kering kontang dan hanya dibekalkan makanan yang sedikit serta sepucuk pistol untuk membunuh diri.
hukuman ini dijalankan di perairan Eropah sekitar abad ke 17 dan 18 oleh lanun-lanun perairan tersebut ke atas rakan mereka yang khianat


Diterbitkan pada: Ogos 19, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.