Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Sastera Undang-undang

oleh: neutronboy    
ª
 
Kali ni saya cuma ingin tulis semula hasil perbahasan saya di FB mengenai Dang Anum dan Sultan Mahmud... Saya ingin membawa satu sudut yang jarang-jarang orang lihat.

Saya kisarkan semula sejarah yang berlaku yang antara Dang Anum dengan Sultan Mahmud Syah yang memerintah di Johor. Bukannya Sultan Mahmud Syah anakanda Sultan Muzaffar Shah yang memerintah di Melaka.

Semasa perkahwinan Dang Anum bersama-sama dengan suaminya, seorang panglima pada masa itu, Dang Anum telah mengandungkan anak mereka. Pada satu ketika, suaminya terpaksa bermalam di luar atas urusan rasmi yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, Dang Anum telah ditinggalkan buat sementara waktu.

Dalam tempoh tersebut, Dang Anum berasa kempunan untuk memakan nangka pada satu hari. Namun, tidak didapatinya walau satu nangka. Kendatipun begitu, kebun nangka yang dimiliki oleh Sultan sahaja yang paling berhampiran dengan tyempatnya.

Oleh itu, Dang Anum menyusup masuk untuk mendapatkan seulas nangka dari kebun tersebut. Kalau tidak silap saya, Dang Anum telah bertemu dengan penjaga kebun Sultan untuk meminta makan. Namun, penjaga tersebut pada mulanya tidak membenarkannya kerana hasil tanaman ini adalah milik mutlak Sultan.

Rasa kempunan Dang Anum mengatasi segalanya dan beliau tetap berkeras untuk mendapatkannya. Lantas, Dang Anum telah mengambil seulas biji nangka untuk dijamahnya demi memenuhi rasa kempunan itu.

Pada satu masa, apabila sultan ingin bersantap sedikit hasil tanamannya, baginda mendapati bahawa seulas nangka dalam sebiji nangka telah diambil. Hal ini diketahui apabila terdapat kesan seperti telah dibuka oleh seseorang. Lalu Sultan pun bertanyakan hal ini kepada penjaga kebun tersebut. Pada ketika itulah, baginda mendapati bahawa Dang Anum yang telah mencuri hasil tanaman baginda.

Lalu, Dang Anum telah dibawa mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah. Semasa sesi soal bicara, Dang Anum telah menafikan hal itu. Namun, setelah itu, Sultan telah bertitah untuk membelah perut Dang Anum bagi memastikan kebenarannya. Hasil pembedahan itu telah menjelmakan sekali hasil kebenaran kes ini.

Lantas, Dang Anum tersebut dihukum mati dan mungkin juga mati semasa pembedahan itu.Kematian Dang Anum ini berlaku semasa suaminya bertugas di luar kawasan. Apabila suaminya pulang, dia mendapati bahawa Dang Anum tidak lagi berada di rumah. Maka dicarinya ke sana, ke sini.

Tidak lama kemudian, barulah dia mendapati bahawa Dang Anum telah dihukum mati oleh sultan kerana mencuri tanamannya. Tatkala itu, suaminya telah menyembah derhaka terhadap sultan lantas membunuhnya semasa baginda dijulang. Maka, jadilah baginda Sultan Mahmud Syah Mangkat Dijulang. Sebelum kemangkatan baginda, Sultan telah mengutuk/ menyumpah keturunan lelaki ini selama 7 keturunan sambil membaling semula keris yang ditusuk terhadap baginda. Setelah itu, lelaki tersabut juga mati namun tulah itu berkekalan sepanjang 7 keturunan.

Pasal Sultan Mahmud Mangkat DiJulang. Tidak adil kalau kita adili baginda semata-mata dengan kisah tu.

Merujuk kepada Undang-undang Johor, terjemahan T.J Newbold Fasal 7 ni menceritakan mencuri tanaman dan perahu ni sama seperti yg terkandung dalam Hukum Kanun Melaka fasal 11.1 dan 11.2

Dalam Hukum Kanun Melaka, fasal 11.1 : Seseorg yg mencuri boleh dibunuh walaupun terpaksa diturut hingg kedua buah kampung tetapi hendaklah dilakukan pada hari yg sama.

fasal 11.2 : Pencuri yg mencuri hasil tanaman tidak dijatuhi hukuman potong tangan, tetapi jika ia mencuri pada waktu malam, ia dibunuh.

Bermakna, hukuman yang dikenakan terhadap Dang Anum oleh bagida Sultan ini termaktub dalam Undang-undang Johor. Walaupun nampak seperti hal remeh, namun ia akan membawa padah yang lebih besar jika Sultan tidak bertindak.

Kita cuba membuat Sejarah Alternatif, di mana kes individu: Sultan Mahmud Syah vs Dang Anum, ini, Sultan mengampunkannya, sudah pasti pada masa akan datang, akan wujud kemungkinan lain bahawa akan lebih ramai yang berani mencuri hasil tanaman atas pelbagai alasannya yang lain. Sekiranya tidak ditegah dari awal, maka, kemungkinan gejala ini akan berlarutan dan menjadi lebih parah. Maka, sekiranya ini telah melibatkan ramai orang yang mencuri, jadi kes ini bukan lagi kes individu tetapi kes yang melibatkan kepentingan masyarakat awam.

Walaupun bukannya menafikan 'kezaliman' Sultan yang bertindak mengikut lunas undang-undang, tetapi tindakan baginda telah memberi contoh bahawa undang-undang perlu dipatuhi agar keharmonian sejagat mampu dipertahankan.

Kalau benarlah, Sultan Mahmud Syah ni zalim, daulat baginda terhadap suami Dang Anum tidak akan terjadi.

Allahu a'lam.
Diterbitkan pada: 05 Ogos, 2012   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.