Taqdir Allah penentuan kepada manusia.. antara lainnya adalah penguji keesaan Allah dalam sanubari hamba hambanya,
setiap perkara perlukan kebahagiaan dan insan selalunya bergantung pada insan yang lain demi mencapai naluri kasih sayang yang telah diwajibkan keatas manusia... bagaimanakah perlu kita mensyukuri kebaikan yang diberi serta tidak lupa juga kepada kepayahan yang telah di nobatkan keatas kehidupan kita? Penyerahan masa hadapan kepada yang Esa, baik yang disenangi atau tidak itu lah dikatakan Keimanan kepada Takdir ( Qada' dan Qadar Allah), Kita dituntut untuk meredhai setiap takdir yang hadir dengan mensyukurinya, kerana tanpa takdir,manusia tiada kehidupan.. tanpa sukar, tiadalah senang..tanpa redha tiadalah syukur..tanpa syukur tiadalah bahagia..Hanya harapan dan doa yang mampu diusahakan oleh manusia agar takdir itu diubah..semuanya bergantung pada keIZINan dan kehendak ALLAH s.w.t....Mudah mudahan artikel ini mampu memberi kebaikan yang berguna kepada kita selaku UMMAH AKHIR ZAMAN.
Bersyukurlah wahai insan..kurangkan rungutan, lebihkan keredhaan..kerana kepayahan dan kesukaran di dunia mampu memberikan kebaikan dan kesenangan di Akhirat kelak(Dunia yang Syumul serta abadi..).INSYAALLAH