Pengertian falsafah: dari segi etimologi, falsafah berasal dari bahasa Yunani philosophia. Philo dari kata kerja Philein yang bererti mencintai atau philia yang bererti cinta. Sophia bererti kebijaksanaan. Jadi philosophia adalah cinta akan kebijaksanaan atau pengetahuan yang benar. Orang yang cinta kepada kebijaksanaan atau pengetahuan atau kebenaran disebut philosophos atau dalam bahasa Arab failasuf.
Istilah philosophos pertama kali digunakan oleh Pythagoras (abad ke 6 Sebelum Masihi) sedangkan istilah falsafah dan failasuf (philosophia dan philosophos) itu sendiri baru popular dan lazim digunakan pada masa Sokrates dan Plato.
Masih banyak lagi definisi-definisi tentang falsafah dengan beraneka ragam pengertian. Dari huraian di atas kiranya dapat disimpulkan bahawa "Ilmu falsafah ialah ilmu yang menyelidiki segala sesuatu dengan mendalam mengenai ketuhanan, manusia dan alam semesta, sehingga dapat menghasilkan pengetahuan tentang bagaimana sikap manusia seharusnya untuk menguasai pengetahuan itu.