Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Cara mudah tayamun

oleh: abgpejal     Pengarang : idris musa
ª
 
TAYAMUM menggantikan wuduk atau mandi junub, khususnya bagi mereka yang tidak boleh menggunakan air kerana beberapa halangan dan sebab tertentu, sebagai keringanan dari Allah kepada manusia, terutama untuk beribadat.

Caranya sangat ringkas, iaitu menyapu tanah ke muka dan dua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat tertentu.

Tetapi sejauh mana masyarakat Islam mempraktikkannya apabila berdepan halangan untuk menggunakan air?

Justeru, bagi mendekatkan masyarakat dengan kaedah penyucian itu, Innolux Sdn Bhd memperkenalkan set debu tayamum yang siap dipakej dikenali Debu Tanah Tayamum berharga RM25.

Produk bagi tujuan kemaslahatan umat Islam itu lahir melalui cetusan idea seorang ahli lembaga pengarah syarikat itu, Abdullah Qurtubi, selepas mendapati masalah umat Islam dalam melaksanakan ibadat.

Pengarahnya, Rosnani Kassim, berkata kemunculan debu tanah yang diusahakan itu memberikan keselesaan kepada umat Islam yang ingin bertayamum.

"Debu ini ada beberapa keistimewaan, seperti bebas dari bakteria dan boleh digunakan berulang kali," katanya, sambil menjelaskan, ia berasal dari tanah bukit yang diproses dengan kaedah terkini menghasilkan debu.

Secara umum, menurut kitab fiqah, tayamum boleh dilakukan apabila mengalami keuzuran kerana sakit dan tidak boleh menggunakan air.

Ia juga sebagai pengganti wuduk kerana uzur dalam perjalanan dan tiada air atau keperluan itu hanya cukup untuk minum.

Debu Innolux membantu golongan yang tidak boleh menggunakan air, misalnya orang sakit akibat luka atau patah, anggota badan terpaksa dibalut serta melecur atau pembedahan.

Orang menghidap demam panas yang dirasakan tidak boleh menggunakan air, lumpuh atau tidak mampu mendapatkan air, termasuklah disebabkan ada peralatan perubatan pada badan boleh menggunakan debu terbabit.

Penceramah bebas, Ustaz Fauzi Mustafa, berkata orang yang ketiadaan air atau ada air tetapi ada keperluan yang lebih mustahak juga boleh menggunakan debu untuk bertayamum.

Menurutnya, orang yang sedang musafir dan sukar mendapatkan air, contohnya dalam penerbangan, bas atau kereta api, termasuk jemaah haji yang bermasalah untuk mendapatkan air boleh bertayamum.

"Debu ini amat sesuai kerana ia mudah dibawa dan wajar disimpan di setiap rumah dan kenderaan," katanya yang bertindak selaku jurucakap produk terbabit.

Bagi masyarakat Islam, terutama yang tinggal di kota, terkepung dengan binaan konkrit, semestinya sukar mendapatkan debu tanah untuk bertayamum dan kemunculan debu yang siap dipakej sudah tentu memberikan satu pilihan.

Justeru, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk tayamum ini boleh menghubungi talian 019-2661484 atau Abdullah 016-6832501.

Pertanyaan mengenai produk melalui talian 019-2059171, 0196349247 atau laman sesawang, www.innolux.com.my.

Fauzi berkata, produk terbabit amat sesuai digunakan di kalangan guru dan penceramah sebagai alat bantu mengajar, sekali gus memudahkan proses pemahaman di kalangan pelajar.

"Tanah ialah benda suci dan bukan saja boleh digunakan untuk tayamum, malah untuk menyucikan segala benda daripada najis seperti anjing dan babi, malah ia boleh menghapuskan virus," katanya
Diterbitkan pada: 07 Mac, 2009   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.