Selain kata agama, dikenal pula kata din dari bahasa Arab, dan kata religi dari bahasa Eropah. Dalam kamus, agama (umum) iaitu manusia mengakui adanya yang suci, manusia itu insaf, bahawa ada suatu kuasa yang membolehkan dan melebihi segala yang ada. Kekuasaan inilah yang dianggap sebagai khalik (asal yang segala yang ada). Tentang kekuasaan ini bermacam-macam bayangan yang terdapat pada manusia, demikian pula cara membayangkannya. Pemikiran Tuhan dianggap oleh manusia sebagai tenaga ghaib di seluruh dunia dan dalam unsure-unsurnya atas segala khalik rohani. Tenaga ghaib ini dapat menjelma antara lain dalam alam (Animisme) dalam buku suci (Taurat) atau dalam manusia (kristus).
Agama bukan berasal dari bahasa Arab, sebab dalam Bahasa Arab tidak dikenal istilah "Ga". Dalam bahasa arab dikenal istilah "Addin" ertinya kepatuha, kuasa atau kecenderungan. Jika dirangkaikan dengan Allah, maka jadilah "Dienullah". Agama boleh jadi berasal dari gabungan kata "a" dan "gama" "a" artinya tidak dan "gama" ertinya kacau, jadi agama artinya tidak kacau. Agama merupakan terjemahan dari bahasa Inggeris "religion" atau religi yang bermaksud kepercayaan dan penyembahan kepada Tuhan.