Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Seni & Kemanusiaan>Pengajian Agama - Am>Bentuk Ijtihad Menurud Al Qaradawi

Bentuk Ijtihad Menurud Al Qaradawi

oleh: SangObsesi     Pengarang : NASRUL HISYAM NOR MUHAMAD
ª
 

Menurut al-Qaradawi, bentuk ijtihad adalah meliputi tiga perkara iaitu:
1. Melakukan penelitian dan perbandingan terhadap karya-karya fiqh klasik
pelbagai mazhab bagi mengambil pendapat yang terkuat untuk menetapkan
hukum atau fatwa yang berkaitan dengan masalah semasa.
Pendapat ini hendaklah mengambil kira maqasid sharicah dan menegakkan
maslahah bersesuaian dengan keadaan semasa dan setempat. Usaha ini dipanggil
ijtihad intiqa’i (al-Qaradawi 1990: 276-277). Al-Qaradawi (2002: 162)
mengingatkan bahawa perbezaan pendapat dalam fiqh bukanlah sesuatu yang
tercela, malah ia saling membantu dan menampung antara satu sama lain.
Sebagai contoh, beliau dalam masalah radacah (penyusuan) telah mengambil
pendapat Imam al-Laith bin Sacad, Dawud Ibn cAli dan beberapa pengikut al-
Zahiriyyah seperti Ibn Hazm (iaitu salah satu pendapat Imam Ahmad) yang
menjadikan pertimbangan bagi pengharaman hubungan penyusuan dalam al-
Quran ialah penyusuan yang terjadi melalui puting susu seorang wanita dengan
disedut oleh bayi dan bukan sampainya susu ke dalam kerongkong bayi tersebut
dengan selain cara itu. Dengan demikian, al-Qaradawi mengharuskan “Bank
Susu” jika ia memang diperlukan oleh masyarakat dan sesuai dengan
kemaslahatan umat (al-Qaradawi 1993: 550-556). Beliau (1993: 169-178) menyatakan
terdapat tiga faktor yang mempengaruhi ijtihad intiqa’i iaitu perubahan sosial
politik setempat atau antarabangsa, perkembangan ilmu pengetahuan moden,
dan tuntutan untuk memenuhi keperluan zaman moden.
Globalisasi yang berlaku kini menjadikan dunia semakin kecil, dan
memerlukan kajian hukum yang tidak tertumpu kepada satu-satu mazhab sahaja,
malah perlu digali semua pemikiran yang terdapat dalam khazanah fiqh. Terdapat
banyak contoh yang dibicarakan oleh al-Qaradawi berkaitan dengan perubahan
sosial politik setempat atau antarabangsa, perkembangan ilmu pengetahuan
moden, dan tuntutan untuk memenuhi keperluan zaman moden. Antaranya ialah
dalam persoalan hak bagi seorang gadis untuk menerima atau menolak suami
yang dicadangkan oleh walinya yang dibolehkan menurut mazhab Hanafi. Ini
adalah bertepatan dengan realiti masyarakat moden yang memberi peluang kepada
wanita untuk menceburi bidang keilmuan, budaya, kerjaya dan berkemampuan
untuk melihat realiti hidup (al-Qaradawi 1993: 337-341).
Menurut al-Qaradawi (1990: 276) proses perubahan pemikiran Islam
berdasarkan teori tarjih tidak terlepas daripada tuntutan perkembangan ilmu
pengetahuan moden terutama dalam bidang biologi dan ilmu alam. Antaranya
ialah ketetapan bahawa unsur yang memabukkan dalam setiap minuman adalah
alkohol sama ada ia daripada anggur, epal, gandum, bawang atau tebu. Begitu
juga tentang tempoh maksimum kehamilan mengikut kajian ilmu perubatan moden
ialah sembilan bulan. Pandangan ini boleh diterima kerana ia lebih mendekati
adat kebiasaan, walaupun mazhab Zahiriyyah menyatakan setahun. Begitu juga
dalam konteks tuntutan zaman moden yang mendesak, ia membolehkan wanita
bermusafir tanpa ditemani suami atau walinya selagi terdapat jaminan keamanan
ke atas diri wanita tersebut. Begitu juga dibolehkan melontar jumrah sebelum
tergelincir matahari kerana terdapat unsur keterpaksaan yang timbul akibat
kesesakan manusia di Tanah Haram.
2. Kembali kepada nas-nas yang thabit dan pemahaman daripadanya hendaklah
diasaskan kepada objektif syariat secara umum (al-Qaradawi 1990: 276).
3. Berijtihad terhadap permasalan-permasalahan baru yang tidak pernah
dibincangkan oleh fuqaha’ terdahulu berpandukan dalil-dalil syariat seperti mana
yang terdapat dalam usul al-fiqh dan kepada kaedah-kaedah umum fiqh Islam.
Usaha ini dinamakan ijtihad insha’i. Atas dasar inilah al-Qaradawi mewajibkan
zakat ke atas tuan punya tanah yang menyewakan tanahnya kepada petani
sebagaimana diwajibkan ke atas penyewa tanah tersebut. Walau bagaimanapun,
jika perkongsian dibuat secara muzaracah, masing-masing wajib mengeluarkan
zakatnya sendiri. Bentuk ijtihad seperti ini belum pernah dikemukakan sebelum
ini. Cuma sebahagian besar ulama memfatwakan bahawa zakat pertanian dikenakan
kepada penyewa tanah sahaja. Demikian juga fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti
Mesir (ketika itu) tentang keharusan gambar fotografi kerana cillah hukum bagi
larangan taswir adalah kerana ada unsur menandingi ciptaan Allah (s.w.t.),
sedangkan taswir dalam bentuk fotografi tidak boleh dianggap sedemikian,
kerana ia masih merupakan ciptaan Allah (s.w.t.) yang diulang dalam bentuk foto
(al-Qaradawi 1993: 699-700).
Selain daripada tiga bentuk ijtihad ini, terdapat satu lagi bentuk ijtihad, iaitu
ijtihad gabungan antara ijtihad intiqa’i dan ijtihad insya’i. Ia dilakukan dengan
mentarjih pendapat-pendapat ulama salaf, dengan menambah unsur-unsur ijtihad
baru (al-Qaradawi 2002: 183-191). Antaranya adalah fatwa yang dikeluarkan oleh
Majlis Fatwa Kebangsaan Kuwait pada 29 September 1984 tentang masalah
pengguguran kandungan. Dalam fatwa tersebut, di samping penapisan dan
pentarjihan ke atas pandangan ahli-ahli fiqh, ditambahkan juga dengan unsur
ijtihad insya’i yang merupakan tuntutan kemajuan ilmu perubatan moden (al-
Qaradawi 2002: 189).
Menurut fatwa tersebut, doktor adalah dilarang melakukan pengguguran ke
atas kandungan yang berusia 120 hari, kecuali untuk menyelamatkan nyawa si
hamil. Kandungan yang berusia kurang daripada 40 hari, dibolehkan dengan
persetujuan suami isteri. Sementara kandungan yang berusia 40 hari dan belum
mencapai 120 hari tidak boleh digugurkan, kecuali dalam dua keadaan, iaitu jika
kandungan tersebut akan membahayakan keselamatan ibu dan jika janin yang
akan lahir itu mengalami kecacatan fizikal atau mental yang tidak mungkin dapat
dipulihkan. Pengguguran mesti dilakukan di hospital dan bukan pada kandungan
yang telah berusia 40 hari, kecuali dengan ketetapan sekurang-kurangnya dua
orang doktor pakar. Salah seorang daripadanya adalah pakar kanak-kanak dan
wanita serta dua orang selain mereka yang dijamin kejujurannya (al-Qaradawi
2002: 189).
Al-Qaradawi (2002: 284-286) menyarankan agar ijtihad pada masa kini
dilakukan secara kolektif mengikut pengkhususan masing-masing. Ini adalah
bagi memudahkan lagi usaha ijtihad dan barangkali lebih mendekati kebenaran.
Menurut al-Qaradawi lagi, ijtihad kolektif ini boleh berupa satu organisasi yang
dianggotai oleh ahli fiqh Islam sedunia, tanpa mengambil kira perbezaan wilayah
atau mazhab yang dianuti. Apa yang paling penting ialah organisasi tersebut
mestilah bersikap berkecuali. Namun demikian, ijtihad berbentuk kumpulan ini
tidak bererti memadamkan ijtihad perseorangan. Ini adalah kerana, bagi beliau
ijtihad kolektif merupakan langkah kedua selepas ijtihad dilakukan secara
personal.
Diterbitkan pada: 04 Mac, 2011   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.