www.hi5.com
adalah satu lagi laman web penuh dengan keseronokan
dan warna yang
dikategorikan kepada
rangkaian sosial antarabangsa, sahabat handai dan
temu janji. Pendaftarannya yang mudah dengan pembukaan dunia yang
berwarna-warni membuatkannya menarik. Ia mempunyai rangkain
pilihan aktiviti yang luas termasuk bilangan kumpulan yang luas, memuat gambar
dan pilihan penghasilan album, menonton video, memuat dan pilihan
merekabentuk profil. Bercakap mengenai profil, pilihan untuk rekabentuk
profil adalah menarik;
menggunakan variasi gabungan warna, atau
memaparkan gambar daripada komputer pengguna sebagai latar belakang
atau menggunakan HTML yang berbeza membuatkan profil menjadi sangat
menarik dan melakukannya adalah seronok. Tetapi apa yang utama adalah
berinteraksi antara ahli, terdapat dalam jumlah yang besar. Berkawan
menggunakan rangkaian dengan mereka mempunyai variasi umur dan berasal
dari serata dunia amatlah mudah dan seronok. Individu yang berminat
dalam menjalinkan persahabatan dalam rangkaian, akan terlepas banyak
perkara menarik apabila terlepas Hi5. Laman web tersebut merupakan
antara 5 laman web rangkain sosial yang paling popular di dunia dengan
majoriti penggunanya berasal daripada luar Amerika Utara. Baru-baru
ini ia juga melancarkan satu platform untuk pengusaha menambahkan aplikasi
kepada jutaan profil tersebut dan juga menyertai pengunguman terbaru
platform OpenSocial (sosial terbuka) oleh Google.
Ulasan lain tentang www.hi5.com