Youtube,
laman web yang mempunyai kehebatan luar biasa, direka pada February 2005. Ia merupakan laman web
di mana seseorang
boleh menonton video-video pilihan mereka,
dan juga boleh memuat naik video anda sendiri jika telah mendaftar dengan Youtube. Direka oleh Chad, Steve dan Jawed, Youtube membolehkan pelawatnya menonton bermacam-macam jenis video, video lagu, video tv,klip dari Tv dan lain-lain. (Dulu dan sekarang) Kesimpulannya, hampir kesemua benda menarik terdapat di
dalam laman ini. Anda juga boleh melihat hasil kerja individu amatur yang cuba mendapatkan pengalaman dalam membuat filem pendek, dan juga "webblogging". Laporan mengatakan, Youtube adalah laman web ke 5 paling dicari, dan purata 20 juta pengunjung sebulan, majoriti dilawat oleh mereka berusia 12 ke 17 tahun. Dianggap sebagai laman web bertaraf gergasi, pihak Youtube juga ada menerima aduan berkaitan dengan perlanggaran paten, walaupun telah dinyatakan di dalam terma servis, disebabkan banyak video-video yang mempunyai unsur-unsur langgar paten di muat naik seperti rancangan tv, klip dari filem, iklan, video muzik, konsert muzik dan permainan.
Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Youtube, kerana mampu memenuhi keinginan pelawatnya untuk menonton apa yang diingininya.
Ulasan lain tentang Berhibur di www.youtube.com