Ebay merupakan
sebuah syarikat lelong online yang terbesar
dan berjaya di internet. Ia
adalah sebuah tempat yang membolehkan Joe dari Florida menjual
barangan kepada Ahmed di Pakistan.
di sini juga merupakan tempat di mana mimpi menjadi kenyataan dan barangan adalah ''raja''. Secara umum, ia dipelopor oleh Pierre Omidyar pada tahun 1995. Omidyar menubuhkan sebuah syarikat kumpulan konsultan (Echo Bay Technology), yang mempunyai hak kepentingan di dalam Ebay. Ibupejabat Ebay bertempat di San Jose - sebuah ''syurga'' bagi syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Apa yang boleh saya dapati di sini? Segalanya ada. Perabot, kenderaan, makanan, kain, dan barang-barang pelik seperti jualan dahi manusia bertujuan untuk pengiklanan. Pada Jun 2004, Ebay telah menyekat penjualan produk-produk minuman keras dan tembakau. Ebay juga melarang penjualan barangan berunsur Nazi (gambar, buku, dsb). Bahagian kewangan Ebay mendapat bayaran daripada setiap transaksi jualan melalui sistemnya. Ia juga mempunyai program affiliate yang membolehkan anda meletakkan iklan Ebay di website anda.Paypal merupakan cara pembayaran online yang digemari oleh kebanyakan pengguna di Ebay. PayPal adalah wallet elektronik yang menjamin keselamatan informasi peribadi pengguna dan keselamatan penggunaan kad kredit. Sebuah kapal selam Perang
Dunia ke II yang menarik telah menjadi sebuah jualan terbesar di Ebay. Setiap hari ada sahaja barangan pelik yang dijual contohnya gula-gula getah Britney Spears, rambut Christina Aguilera, paket kosong M&Ms (berharga $400!!!), gitar angin $8 dan banyak lagi. Worldwide Ebay mempunyai site Ebay tempatan di seluruh dunia. Kumpulan tempatan akan membantu mengiklankan kolej tempatan. Jika anda ingin menjual barangan di Ebay, pengiklanan – di dunia sebenar – adalah faktor yang tidak boleh diabaikan. Di sini adalah senarai Ebay di seluruh dunia: website eBay USA eBay Fees (di dalam Bahasa Inggeris) website eBay Australia website eBay Austria website eBay Belgium website eBay Canada website eBay China website eBay France website eBay Germany website eBay Hong Kong website eBay India website eBay Ireland website eBay Italy website eBay Malaysia website eBay Netherlands website eBay Philippines website eBay Poland website eBay Singapore website eBay Spain website eBay Sweden website eBay Switzerland website eBay Taiwan website eBay UK. Tip - Ia mungkin nampak mudah untuk mula menjual barangan di Ebay, tetapi saya sarankan anda baca dan rujuk artikel-artikel yang ditulis oleh para profesional berkenaan Ebay dan cara-cara penjualan di Ebay sebelum memulakan transaksi. Selamat mencuba! TheRaveN
Ulasan lain tentang Ebay