Sastera Literature.org
Summary ratings: 3 stars
(xx voters)
Lawatan:
11
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: Mac 13, 2008
Write your translation here.Sebelum anda keluar dan menghabiskan satu tan wang untuk membeli semua sastera klasik bercetak, layarilah Literature.org di internet. Laman ini sangat tepat untuk mendapat dan membaca sastera klasik. Ini juga lebih murah berbanding membeli CDROM atau tiap-tiap buku tersebut. Sebenarnya, ini percuma. Selain percuma, laman ini juga menawarkan sastera klasik yang mudah dicari. Mereka boleh berbuat begitu kerana banyak karya klasik sudah menjadi domain awam. Maksudnya, hak cipta tidak berlaku sah lagi. Banyak frasa yang menjadi sebahagian percakapan kita berasal daripada sastera klasik. Selain menawarkan cara mudah untuk mendapatkan sastera online, Literature.org membenarkan pengguna untuk mencarinya dengan nama penulis. Ramai di kalangan kita yang sudah mendengar tentang Aristotle dan Tolstoy, tetapi tanpa Literature.org untuk memberikan akses mudah kepada karya-karya itu, kemungkinan besar kita masih tertanya-tanya apa semua itu. Buku-buku itu tidak hanya dimuatkan pada satu laman untuk diteliti oleh pengguna. Sebenarnya, ia dibahagi kepada beberapa seksyen yang mudah dibaca dengan menggunakan bahagian atau fasal yang menjadi pembahagi. Lalu ia diformat dengan kemas sehingga mudah dibaca. Menawarkan sastera online dengan percuma boleh dianggap usaha berperikemanusiaan. Ia membolehkan minda-minda muda untuk mengakses dengan bebas karya-karya klasik yang mungkin tidak boleh didapati dengan mudah di rumah. Ia membolehkan mereka mencari sendiri karya-karya itu, daripada dipaksa membaca sastera klasik. Ia membenarkan sesiapa saja yang cinta pada sastera untuk mengalami sesuatu yang sepatutnya percuma. Karya-karya inilah yang menjadi dasar pembina bagi pendidikan, falsafah, dan sains kita. Ia adalah dasar pengembangan kemanusiaan kita dan ia sepatutnya percuma untuk setiap insan. Inilah yang ditemukan oleh Literature.org dan ia dimungkinkan untuk diakses oleh ramai orang di seluruh dunia.