• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Internet & Teknologi>http://www.onemanga.com/

.

http://www.onemanga.com/

oleh : RosePlanet    


Abstrak ini telah diterjemahkan daripada http://www.onemanga.com/
Onemanga.com adalah sebuah laman web yang bertujuan untuk menyediakan pembacaan manga secara atas talian. Secara ringkasnya,
istilah “ manga” merujuk kepada komik-komik Jepun, ataupun komik yang dibuat di negara Jepun. Sewajarnya, hasil kerja aslinya adalah di dalam bahasa Jepun. Terjemahan ke dalam bahasa Inggeris dilakukan oleh peminat atau sekumpulan peminat yang dipanggil ''''scanlators'''', justeru membenarkan manga untuk diminati oleh mereka yang bukannya berbangsa Jepun. Kini, '''' scans'''' ( hasil kerja terjemahan) biasanya dapat dibaca sama ada dengan memuat turunkan siri-siri tertentu daripada laman web ''''scanlators'''', atau semasa melayari suatu laman yang menyediakan “scans”secara atas talian. Di sinilah di mana Onemanga muncul. Ia menyediakan “scans” secara atas talian untuk pelbagai jenis siri daripada pelbagai penulis. Laman ini mudah untuk disusuri dan tidak ada perisian yang khusus atau pendaftaran yang diperlukan. Perkhidmatannya disediakan secara percuma, dan seseorang itu hanya memerlukan sebuah pelayar web. Secara amnya, anda boleh mula membaca tanpa perlu memuat turunkannya. Setakat ini, laman tersebut tidak mempunyai apa-apa tema atau genre yang ditajanya. Sehingga kini, laman itu adalah terbuka kepada kebanyakan genre, iaitu ia mempunyai manga untuk golongan muda, tua, lelaki mahupun wanita. Oleh itu, terdapatlah kisah aksi, pengembaraan, seram, cinta, kehidupan di sekolah dan sebagainya lagi. Setakat yang ditulis ini, laman tersebut tidak mengandungi bahan bacaan dewasa yang eksplisit. Boleh dikatakan bahawa laman tersebut ingin mengekalkan persekitaran yang sihat. Terkini, laman tersebut mengandungi kebanyakan manga/anime yang popular pada masa ini seperti Bleach, Naruto, One Piece dan Hunter X Hunter dan sebagainya lagi. Laman ini disusun mengikut siri dan daripada siri yang tertentu, ianya disusun pula mengikut bab-bab. Setiap siri mempunyai satu huraian ringkas dan beberapa label untuk mengkategorikan ia berada di dalam jenis manga yang mana. Siri yang telah tamat juga dilabelkan, begitu juga dengan yang baru ditambah atau siri yang dikemaskini. Tidak terdapat masa yang khusus untuk dikemaskini, kerana kemaskini hanya akan dimasukkan sebaik sahaja “scans” sudah berada dalam tangan. Setakat ini, pengemaskinian amat pantas dan aktif. Secara keseluruhannya, kekerapan pengemaskinian adalah bergantung kepada ketersediaan “scans” tersebut. Laman ini juga mempunyai pautan forum di mana seseorang itu boleh berbincang mengenai manga yang tertentu ataupun meminta untuk suatu siri yang tertentu untuk dimasukkan.
Diterbitkan pada: April 24, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.