Negara kita sekarang ni dah terlalu banyak dibanjiri dengan kisah juga cerita-cerita yang tak pasti kesahihannya. Kalau sebelum
ni carta gossip negara banyak dimonopoli oleh golongan artis sahaja tetapi sekarang kedudukan teratas telah diambil alih golongan politik. Wah! satu lagi pencapaian yang hebat dari negara-ku Malaysia.. kerana cerita-cerita yang boleh dianggap half truth ni bukan sahaja jadi tumpuan rakyat negara ini bahkan turut menjadi fokus utama negara-negara luar.
Sekarang cerita ustaz Akil Hayy kahwin lagi aku dah tak endah lagipun bagi aku takde apa yang boleh dibanggakan dengan dia tak kiralah panjang mana pun janggutnya ataupun tebal mana lebainya biarkannya dengan kisah dia . Orang lebih tertumpu pada cerita bila Malaysia akan bertukar tangan. Persamaan antara kedua-dua cerita ini ialah keduanya tergolong dalam cerita half truth yang mana kesahihannya masih belum pasti tapi dah digembar gembur kesana-sini. Aku yakin tak ramai yang percaya tapi mereka gemar mengambil tahu kerana orang-orang yang membawa cerita ni memberi mereka peluang untuk berimaginasi. Bukankah orang kita juga sememangnya sangat suka membaca dan mendengar cerita-cerita half truth sebegini? Tak kira samada ianya gossip artis,politikus ataupun kisah tahyul.
Aku teringat pada salah seorang pemuda ditempat aku bekerja. Dia diberi jolokan sebagai “Bomoh” oleh rakan sekerja oleh kerana ketaksubannya pada cerita-cerita half truth tentang makhluk halus. “Bomoh” kerap membuat pelbagai andaian tentang kewujudan makhluk halus disekitar kawasan aku bekerja seolah-olah beliau telah mendapat satu anugerah untuk berinteraksi dengan makhluk sebegitu. Apa sahaja yang berlaku akan dikaitkan dengan seribu satu mitos. Bagi mereka yang dah masak dengan perangai beliau akan hanya melayan dan mengiyakan sahaja apa yang diperkatakannya biarpun terkadang agak geli lubang telinga mendengar beliau bersembang.Adakalanya meremang juga bulu tengkuk.
Bagi yang memang dah kenal si “bomoh” ni mereka tak menganggap dia ni penipu atau pembohong kerana sememangnya mereka juga dah awal-awal kurang mempercayai apa-apa cerita half truth yang disampaikan cuma mereka suka melayan. Bukan apa cerita-cerita “bomoh” ni kadangkala membuatkan otak mereka aktif berimaginasi. Terkadang kalau dia bercuti terasa sunyi pulak sebab takde penglipurlara..
Kisah si “bomoh” ni sama saja aku rasa dengan kisah orang yang menggemparkan negara dengan cerita half truth berkenaan akan berakhirnya tampuk kuasa sesuatu kerajaan. Bagi orang yang dah mengenali si pemukul canang ni mereka akan melayan sahaja cerita beliau. Sekurang-kurangnya cerita beliau memberi satu peringatan kepada mereka yang memerintah serta untuk kita dah tentu akan terlebih-lebih pulak berimaginasi apa akan berlaku jika Malaysia bertukar tangan, tak kurang juga yang timbul sedikit pengharapan jika ianya benar-benar terjadi.
Pada aku tak perlu untuk sang pemerintah nak terangkan kepada rakyat jelata bahawa pembawa cerita ni penipu atau pembohong kerana mereka sendiri mampu menilai dan juga dah masak dengan cerita-cerita half truth sebegini. Macamlah pulak pihak yang memerintah tak pernah turut sama mencipta dan memaksa rakyat mempercayai cerita-cerita half truth mereka selama ni. Adalah lebih elok mereka bermuhasabah dan koreksi diri serta memperbetulkan segala kepincangan dalam pemerintahan ketika mereka masih ditampuk kuasa. Manalah tahukan.. adakala cerita-cerita half truth ni boleh jadi kenyataan juga.. ini yang amat-amat ditakuti pemerintah sebenarnya..
Bagi kita.. cerita-cerita sebegini akan datang dan pergi. Kalau pun dah reda cerita yang sedang panas ni.. kita akan berhadapan pulak dengan cerita-cerita lain.. Malaysia ni kan ramai penglipurlara. Kesimpulannya kita sendiri ada akal untuk menilaikan.., jadi layankan aje.. heh!
artikel bagus dari tangan nuaeman.