Onemanga.com adalah laman web yang menyediakan kemudahan membaca
manga secara atas talian. Secara ringkasnya mengenai latar
belakangnya, perkataan ''
manga'' adalah merujuk kepada buku komik dari atau dibuat di Jepun. Lumrahnya, kerja-kerja asal adalah dalam bahasa Jepun. Terjemahan ke bahasa inggeris dibuat oleh peminat atau sekumpulan peminat yang dipanggil ''
scanlators'', yang membolehkan manga dibaca oleh pembaca bukan Jepun. Sekarang, ''scans'' (bahan terjemahan) boleh dibaca samaada memuatturun siri yang berkenaan dari lama penterjemah, atau membacanya dari halaman yang menyediakan terjemahan atas talian. Dari sinilah wujud Onemangacom. Laman ini menyediakan terjemahan
online untuk pelbagau siri dari pelbagai penulis. Lamannya mudah digunakan dan tiada perisian atau pendaftran khas diperlukan. Servis yang diberikan adalah percuma, yang perlu adalah pelayar web. Asasnya, anda boleh membaca terus tanpa memuatturun. Sehingga kini, laman ini tidak mengehadkan kepada tema atau genre yang tertentu. Terkini, laman ini adalah terbuka untuk kebanyakan genre, untuk muda mudi, tua, lelaki atau perempuan. Terdapat aksi, pengembaraan, seram, kisah cinta, kehidupan sekolah, dan lain-lain lagi. Dan sehingga kini, laman ini tidak memasukkan siri untuk bacaan dewasa. Terkini laman ini memaparkan siri yang terkenal manga/anime seperti Blaech, Naruto, One Piece dan Hunter X Hunter, dan banyak lagi. Laman ini disusun secara bersiri, dan berepisod. Setiap siri mempunyai ringkasan cerita dan label kategori. Manga yang telah habis juga dilabel, juga kepada yang baru ditambah atau baru diubah. Tiada masa yang tetap untuk proses tambahan, ianya berlaku sekiranya terjemahan ada di tangan. Tambahannya pantas dan aktif. Tapi frekuensi tambahan juga bergantung kepada adanya terjemahan atau tidak. Laman ini juga mempunyai pautan ke forum dimana anda boleh berbincang mengenai manga tertentu atau membuat permintaan terhadap suatu manga.