Jika saya ditanya apa pengertian merdeka pada saya, jawapannya, biar kita merdeka dari rasa takut dan merdeka dari perampas
impian. Biar merdeka di jiwa, juga di minda.
Takut yang bagaimana? Takut membuat sesuatu kerana tak pasti menjadi ke tidak.
Takut adalah perasaan dominan yang menghalang ramai orang berusaha rajin memburu kejayaan. Takut benda tak menjadi, takut gagal dan takut merana.
Apa pula takut dari perampas impian? Takut dengan orang-orang yang mentertawakan usaha kita memburu kejayaan dan usaha keras kita merealisasikan impian. Kita selalu takut berdepan dengan mereka.
Biasanya mereka akan memberi komen-komen seperti ..
"jangan nak mimpilah"
"hmmph, impian konon, boleh tercapai ke?"
Kita perlu merdeka dari rasa takut usaha tak menjadi dan takut usaha keras kita diketawakan orang . Kita perlu bebaskan minda dari semua itu.
Merdeka di jiwa merdeka di minda memberi maksud berlainan bagi setiap orang. Bagi saya, maksud kedua-duanya saya dah kongsikan di atas. Itulah makna merdeka pada diri saya.