• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Internet & Teknologi>Tukang Khatan dan Pengeras

.

Tukang Khatan dan Pengeras

oleh : soerrich    

Pengarang : Hamba Allah
Biasanya Tok Mudim akan mengenakan pengeras (upah) bagi kerja yang telah dijalankan. Pengeras yang biasa diterimanya ialah:
*
Sirih pinang berserta dengan duit pengeras yang tidak ditentukan jumlahnya
*
Segantang beras
*
Dua biji kelapa
*
Sebatang damar
Sesetengah pengeras yang tersebut di atas akan diberikan selepas kanak-kanak tersebut sembuh manakala, jumlah ketetapan dan bilangan bahan-bahan tersebut adalah mengikut Tok Mudim dan keikhlasan ibubapa kanak-kanak yang terlibat.Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.
Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Diterbitkan pada: Ogos 05, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.