KUASA BLOG ~ oleh Ahmad Amirul
Blog Power atau kuasa
BLOG adalah satu perkara yang tidak mahu di akui oleh ramai orang. Lebih-lebih lagi yang tidak memiliki blog hatta blog percuma sekalipun. Bagi saya ia adalah satu kerugian jika tidak memiliki blog sendiri kerana dengan blog banyak perkara yang anda boleh capai.
Pengaruh blog ke atas masyarakat perlu di buat kajian. Ada blogger yang di saman dan ada yang memenangi anugerah . Itu menunjukkan kuasa blog yang semakin meningkat di kalangan pengguna Internet sekarang. Blog bukan lagi sekadar diari harian ,malah sudah lama meninggalkan kepompongnya. Masyarakat Barat menggunakannya sebagai medium pengiklanan yang berkesan. Tetapi rasanya masyarakat Malaysia belum sampai ke tahap begitu.
Walau banyak blog di bina di atas dasar pengiklanan tetapi penerimaan syarikat atau peniaga itu masih rendah,Mungkin mereka terlalu sibuk sehingga terlepas pandang kuasa blog sebagai medium
promosi yang berkesan. Contoh mudah : Blog EF dengan entrynya yang bertajuk "Medan Ikan Bakar Terapung". Kesan dari entry itu ,beliau di hujani email bertanyakan Medan itu ,peta,harga pakej ,menu dll. Kelakar nya ,EF bukan kerja di tempat itu tetapi entry itu menarik minat dan menjadi sumber rujukan dalam pencarian search enjin Google.
Malangnya ,tiada seorangpun peniaga di situ terfikir untuk membuka blog berkenaan tempat tersebut dan menyalurkan maklumat yang tepat. Cuba bayangkan apa yang boleh di buat dengan blog tersebut. Isi gambar kedai ,cerita pasal menu ,letak peta ,no telefon untuk booking ,pakej jamuan,cerita tentang lawatan istimewa tertentu ,function terbaru dan macam-macam lagi. Bukankah banyak idea untuk blogging tu...Apa kesannya? Apabila pelawat search Google ,ranking blog anda No 1 .Anda boleh mendekati dan mendapat pelanggan lebih awal dari peniaga lain ! Itu satu promosi.
Seperti kes EF dan Medan Ikan Bakar tadi ...salah satu yang meminta maklumat ialah sebuah kilang pengeluar kereta yang ingin mengadakan jamuan berbuka puasa di situ.Bayangkan berapa ribu yang hilang dan berapa ribu yang boleh masuk jika ada satu blog yang berfungsi...
Pernah saya terjumpa satu website kedai Insurance Am ,kaku dan beku sahaja. Kalaulah di buat dalam bentuk Blog ,tentu ia lebih menarik dan "hidup" . Pelanggan boleh bertanya dan mereka boleh menjual...fikirkan lah. Jika anda ada kedai hatta sebuah warung nasi lemak , binalah blog kerana ia mungkin dapat membantu
perniagaan anda.
Ulasan lain tentang http://blogduit.blogspot.com/