ISI KANDUNGAN BLOG YANG DI SUKAI
Blog anda tidak ramai pelawat? Anda tidak mendapat ramai kawan? Anda tidak dapat menjana kewangan dari blog anda? Maka tentu blog anda tidak di sukai oleh
pelawat yang datang ke blog anda.
Tahukah anda apa isi kandungan blog yang di sukai ramai:
1)Isi kandungan yang mempunyai kepakaran khusus. Ia berkait
dengan niche yang di pilih.Contohnya niche "cupcakes".Seharusnya isi kandungan blog tertumpu kepada usaha-usaha serta idea anda berkait dengan soal tersebut.Cara penyediaan,gambar,sumber bahan,pemasaran,pilihan menu dll.Semakin khusus anda terhadap niche tertentu semakin ideal sesebuah blog itu.
2)Isi kandungan yang semasa dan berita yang menarik
Jika anda dapat menyediakan berita-berita terkini serta sesuatu kejadian dengan lebih terperinci maka blog anda akan lebih ramai pelawat .Mereka akan menjadikan blog anda sumber terkini sesuatu berita.Sertakan gambar-gambar yang di ambil di tempat kejadian.Bagaimanapun seharusnya anda bertanggungjawab di atas apa yang anda siarkan.
3)Isi kandungan yang jujur dan dari sudut pandangan anda sendiri.
Bagaimanapun
Jika melibatkan pandangan tentang politik dan negara,pelawat akan berkurangan.Kerana mereka takut terlibat sama jika sesuatu terjadi akibat penulisan blog anda.Contohnya seorang kanak-kanak menulis blog ,biarlah isi kandungan blognya adalah dari sudut pandangan seorang kanak-kanak.
4)Isi kandungan yang dapat memberi idea dan memberi tunjuk ajar
Jika kandungan blog anda mempunyai
informasi yang berguna dan diperlukan oleh ramai pelawat ,maka ia akan menjadi popular dengan cepatnya.
Oleh itu ,lihatlah semula isi kandungan blog anda.Adakah ia menepati ke semua ciri-ciri di atas?Belum terlambat untuk mengubahnya.
Jika anda ingin mempelajari ilmu berkaitan dengan blog ,sila layari http://blogduit.blogspot.com/
Ulasan lain tentang http://blogduit.blogspot.com/