4 CARA MENGATASI KOMEN BLOG YANG NEGATIF
Kadang kala ,blog anda di datangi oleh
pelawat yang
tidak bersetuju
dengan artikel yang anda telah siarkan.Mungkin tidak bersetuju dengan pendapat
atau luahan anda atau apa sahaja.Terlebih dahulu anda seharusnya membezakan antara komen
NEGATIF atau komen yang membina.
Komen negatif adalah tidak baik kepada reputasi sesuatu blog tetapi komen yang membina haruslah di terima dan dipertimbangkan.Terdapat 3 cara untuk mengatasi komen-komen negatif ini:
1)Padamkan sahaja komen tersebut sejurus anda perasan mengenainya.Mungkin beberapa pelawat blog sudah membacanya tetapi tindakan ini dapat menyelamatkan imej blog anda dari terus tercalar.
2)Sediakan ruang komen yang memerlukan pengesahan anda. Maka anda boleh menapis terlebih dahulu isi kandungan komen yang terpapar di blog.
3)Jadikan blog anda tanpa ruang komen.Maka tiada siapa yang boleh memberi komen bagaimanapun anda juga akan kehilangan sokongan dari pelawat yang bersetuju dengan anda.
4)Peka kepada komen dan menghasilkan artikel yang kurang unsur provokasi terhadap pembaca.Contohnya isi kandungan yang berbau politik atau perkauman.Tidak salah jika anda hendak menyatakan pendapat, bagaimanapun biarlah adil kepada mana-mana pihak.Jika tidak ,maka anda akan berdepan dengan risiko.
Ruang komen memberi peluang untuk pelawat membuat ulasan atau menyatakan pendapat mengenai artikel yang anda tulis.Kehadiran komen selalunya pemangkin untuk pemilik blog berkarya dengan lebih gigih.Tetapi ia juga bukanlah satu medium untuk bercakap apa sahaja.
Ulasan lain tentang http://blogduit.blogspot.com/