free-7.blogspot.com
Summary ratings: 3 stars
(xx voters)
Lawatan:
82
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: Disember 06, 2007
Panduan perlindungan dari serangan virus komputer
• Kemas kini perisian anti virus anda secara tetap. Lebih 500 jenis virus ditemui setiap bulan dan anda perlulah dilindungi
• Sentiasa berjaga-jaga bila memuat turun fail dari Internet. Pastikan sumber adalah sah dan bereputasi baik. Tentu sahkan yang program anti virus memeriksa fail yang dimuat turun. Jika anda tidak pasti, jangan muat turun fail tersebut.
• Jangan buka mana-mana fail yang disisipkan kepada e-mel jika subjeknya kurang pasti. Sahkan jenis fail dengan pengirim sebelum menyimpan fail ke dalam komputer anda
• Jangan buka mana-mana fail yang disisipkan kepada e-mel melainkan anda tahu fail jenis apa dan kenal siapa pengirimnya. Terdapat virus yang menyalin diri sendiri dan tersebar melalui e-mel tanpa pengirimnya sedar yang beliau telah menyebarkan virus. Untuk keselamatan lebih baik sahkan dengan pengirim yang beliau tidak berniat menghantar sisipan yang mengandungi virus
• Buat salinan fail secara berterusan. Jika virus memusnahkan fail, sekurang-kurangnya anda masih boleh menggunakan mereka dari fail yang telah disalin. Anda harus menyimpan salinan fail di lokasi yang berasingan dengan komputer anda.
• Jika merasa syak, selalu berhati-hati dan jangan membuka, memuat turun atau melaksanakan fail atau sisipan e-mel. Semak dengan pembekal untuk fail yang terkini seperti sistem operasi, pelayar web dan e-mel. Sebagai contoh adalah laman web keselamatan yang terdapat di http://www.microsoft.com/security