Rerumah Shvoong > Internet & Teknologi > Blog > KESEDARAN KANSER MULUT DAN FAKTA-FAKTA MENGENAI KANSER MULUT DI MALAYSIA

.

KESEDARAN KANSER MULUT DAN FAKTA-FAKTA MENGENAI KANSER MULUT DI MALAYSIA

Review by : ijass
Lawatan: 60
Perkataan: 300
Diterbitkan pada: Februari 10, 2008
Kanser mulut adalah kanser keenam paling kerap di dunia dengan anggaran sebanyak 405,318 kes baru setiap tahun. Kadar survival kanser mulut adalah lebih rendah berbanding kanser serviks atau kanser payudara. Kanser mulut adalah dua kali ganda lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita. Untuk setiap 100,000 orang, 6.3 lelaki dan 3.2 wanita berkemungkinan untuk mendapat kanser mulut. Insidens kanser mulut adalah lebih tinggi di negara-negara membangun berbanding negara maju dan ia berbeza mengikut rantau-rantau tertentu. Di Eropah, dianggarkan sebanyak 100,800 pesakit telah didiagnos menghidap kanser kepala dan leher (termasuk kanser mulut, pharynx dan larynx) dengan hampir 40,000 kematian direkodkan setiap tahun sementara di Amerika Syarikat sahaja, 30,000 pesakit disahkan menghidap kanser mulut. Kadar yang paling tinggi dilaporkan di negara-negara Asia Selatan seperti India dan Sri Lanka. Insidens dan kematian daripada penyakit ini dilaporkan sedang meningkat di beberapa negara seperti Eropah, Taiwan, Jepun dan Australia. (www.mouthcancerfoundation.org).

Mengambil kira kesemua kawasan kanser mulut (pipi, gusi, lelangit, lidah, bibir dan kawasan-kawasan lain) National Cancer Registry (NCR) melaporkan bahawa kanser mulut adalah berada di tangga ke 6 dan 3 kanser paling biasa untuk lelaki dan wanita India . Kanser mulut di kalangan lelaki dan wanita India merangkumi 5.2% dan 7.7% daripada kesemua jenis kanser (NCR, 2003). Data daripada pelbagai hospital di Malaysia yang dijalankan pada tahun 1994-1998 menunjukkan bahawa kanser mulut dilaporkan paling tinggi di kalangan orang India, diikuti kaum Pribumi Sabah Sarawak, Melayu dan Cina. Di Semenanjung Malaysia, kaum India merupakan kaum paling utama untuk kanser mulut di Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak sementara Kadazan/Dusun dan Iban adalah kaum yang lebih utama di Sabah dan di Sarawak. Kawasan gusi adalah merupakan kawasan yang paling kerap bagi kanser mulut untuk kesemua negeri kecuali Negeri Sembilan di mana kebanyakan kanser adalah di kawasan pipi (Hamdan et al., 2004).
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.