Technorati merupakan
satu rujukan yang sangat berguna kepada semua penulis dan
pembaca blog.
Untuk pembaca,
anda dapat melihat topik-topik yang paling hangat di
blogkan. Buku-buku dan filem adalah antara subjek
blog yang terkenal dan anda
boleh mencari
blog yang menarik minat anda. Bila anda sudah mendapat semua
blog yang anda suka, anda boleh membuat satu senarai
blog kegemaran. Anda boleh menggunakan
favourites untuk melihat penyertaan-penyertaan terbaru dalam semua
blog kegemaran anda di satu tempat. Jika anda mempunyai
blog sendiri, anda boleh menggunakan Technorati untuk mempromosikannya. Anda boleh menuntut
blog anda di Technorati and mendapatkan Technorati ping
blog anda bagi menyemak untuk bahan baru. Ini adalah satu cara untuk mendapatkan pembaca baru bagi
blog anda. Anda juga boleh mendapat satu butang
favourite untuk diletakkan dalam
blog anda. Ini akan memudahkan pembaca
blog anda untuk menambahkannya ke dalam senarai
favourites Technorati mereka.
Tag Technorati adalah satu cara yang baik untuk menguruskan semua
penyertaan blog anda.
Tag ialah perkataan atau ungkapan yang menggambarkan apa yang anda mem
blogkan. Contohnya ‘politik’, ‘Bush’, ‘Star Trek’ atau ‘haiwan ternakan terlepas’. Apabila anda meletakkan tag-tag ini dalam penyertaan
blog anda, pembaca boleh
click pada satu
tag untuk melihat penyertaan
blogger lain mengenai subjek tag tersebut. Dan pembaca
blog lain dapat mencari penyertaan
blog anda kerana tag tersebut. Saya sedang menggunakan Technorati dan mendapati ia sangat berguna. Saya berharap anda juga akan merasai sedemikian.
Ulasan lain tentang Technorati