Dalam usaha
meningkatkan trafik ke
laman web atau BLOG anda,
anda harus mengikuti
7 langkah mudah seperti berikut;
1. Anda harus kekal berada
Dalam topik tertentu yang telah anda pilih,
ini akan menunjukkan pengetauan anda dalam topik itu dan umum akan sentiasa tertarik ke laman web anda untuk mendapatkan maklumat atau perkembangan berkaitan topik tersebut.
2. Kemudiannya anda harus mengemaskinikan blog anda setiap hari, atau setidaknya dalam jarak beberapa hari kerana ini akan membuktikan betapa anda bersungguh dan pakar dalam topik tersebut, malah ini juga dapat membantu anda menaikkan nama blog anda dalam topik yang telah anda pilih tadi.
3. Yang ke tiga kebiasaannya dapat di lihat betapa dukacitanya jika tidak mendapat sebarang komen atau maklumbalas untuk setiap penulisan blog, lalu akhirnya mereka kecewa dan mengundur diri dari meneruskan perjuangan. Ini tidak seharusnya berlaku kerana setiap kali kita mengemaskini laman dangan penulisan baru, kekuatan blog dalam lama carian terkenak seperti google akan terus meningkat dan kita akan mula mendapat
trafik dalam masa 1 ke 4 bulan.
4. Anda MESTI menggunakan khidmat "pinging" seperti
http://www.pingomatic.com dan
http://www.pingoat.com setiap kali anda mengemaskinikan blog anda dengan penulisan terbaru. Ini akan membantu dalam menguatkan kedudukan anda dalam enjin carian seperti Google.
5. Anda harus meninggalkan komen TERBAIK dalam laman blog yang anda lawati, dan selalulah meninggalkan alamat web anda didalam komen tersebut. ini akan menark perhatian pemilik blog tersebut dan orang lain yang membaca komen itu. Ini dapat membantu meningkatkan trafik ke laman web anda.
6. Anda seharusnya mewujudkan komuniti anda sendiri di laman web seperti
http://www.mybloglog.com kerana bila orang lain menyertai komuniti anda, ini dapat menyumbang trafik yang lebih tinggi dan jangan lupa untuk menyertai pula komunity laman orang lain.
7. Langkah terakhir adalah anda tidak seharusnya meninggalkan "roh" dan harus terus menulis dan akhirnya anda akan mendapat trafik seperti yang anda mahukan dan yang pastinya trafik itu boleh membantu memberi $pulangan$ dari laman blog anda...
Oleh : Bob Matharoo.
Ulasan lain tentang 7 Langkah Mudah mendapatkan TRAFIK ke laman BLOG anda