8 Adakah i-CHARGE
akan merosakkan
kereta jika berlaku kerosakan?
Tidak, sebab i-CHARGE hanya satu kelengkapan tambahan yang disambungkan kepada
bateri kereta menerusi suis pencucuh.
Ia bertindak sebagai pengawal kereta saja. Apabila ia berhenti berfungsi, kereta tetap akan beroperasi seperti keadaan biasa semula, tanpa mendatangkan apa-apa kesan kepada kereta. Sudah tentu, anda
Tidak dapat menikmati kelebihan-kelebihan yang ada pada i-CHARGE lagi. Namun, anda boleh menikmati kelebihan i-CHARGE semula dengan membelinya daripada pengedar yang terdekat jika anda rasa perlu.
9 Adakah fungsi i-CHARGE akan terjejas jika ia selalu ditukar alih?
Biasanya, fungsi i-CHARGE tidak akan terjejas selagi ia digunakan secara cermat. Tapi, kami mengesyorkan, lebih baik 1 unit i-CHARGE dipasang untuk sebuah kereta, sebab tindakan mengalih i-CHARGE yang berulang kali mungkin akan merosakkan suis pencucuh kereta
dan soketnya. Jika anda fikir i-CHARGE, suatu produk yang baik, anda harus memasang setiap i-CHARGE pada kereta yang berlainan. Jangan selalu mengalihkannya dari sebuah kereta kepada kereta yang lain, kerana tindakan ini akan menyingkatkan jangka hayatnya.
10 Adakah kereta akan rosak jika i-CHARGE tidak digunakan buat seketika dan kemudian digunakan semula?
Tidak, sebab ketika anda berhenti menggunakan i-CHARGE, kereta akan beroperasi seperti keadaan biasa semula. Selagi anda menggunakannya semula, awak akan berpeluang menikmati segala kelebihan yang diperuntukkan oleh i-CHARGE semula.
11 Adakah i-CHARGE selamat digunakan?
Ya, ia amat selamat digunakan, sebab daya gerak i-CHARGE disalurkan oleh arus elektrik terus (DC) bateri kereta, yang tiada sinaran radioaktif dan gelombang magnetik. Ia hanya akan memudaratkan badan manusia apabila ia menggunakan arus elektrik ulang-alik (AC) seperti peralatan elektronik rumah kerana ia membebaskan gelombang magnetik elektrik. Selain itu, pemasangan i-CHARGE tidak perlu mengubahsuai sebarang alat-alat kelengkapan kereta dan tidak akan merosakkan kereta anda.
12 Bolehkah i-CHARGE dipasang untuk motosikal?
Boleh, keberkesanannya adalah sama dengan pemasangan kereta. Tetapi, kebanyakan motosikal tiada suis pencucuh. Anda perlu mencari pakar untuk memasang sistem wayar dan soket suis pencucuh di luar, supaya i-CHARGE boleh dipasang. Anda juga boleh mendapat khidmat nasihat daripada syarikat.
13 Bagaimana i-CHARGE menjimatkan penggunaan petrol kereta?
Penjimatan petrol banyak bergantung kepada penyalaan enjin kereta. Penyalaan ini pula dipengaruhi oleh
kuasa voltan pencucuh. Para mekanik atau pakar kereta memang jelas bahawa kuasa voltan pencucuh adalah di antara 12000-14000 volt. Mustahil mereka memasangkan pencawang elektrik yang berkuasa tinggi di dalam kereta. Dengan itu, pakar kereta pun bijak menyalurkan arus aruhan daripada bateri yang berkuasa 12V untuk menghasilkan kuasa voltan pencucuh yang lebih tinggi, supaya bekalan arus menjadi lebih rendah dan selamat digunakan. Tetapi, ada satu masalah yang akan timbul. Jika arus aruhannya diperkuatkan sebanyak 1000 kali ganda (12V akan menjadi 12000V), ini bererti, perubahan arus sebanyak 0.1V dalam bateri akan meningkatkan kuasa palam pencucuh sebanyak 100V, yang mengakibatkan proses pembakaran petrol enjin tidak lengkap dan membazirkan petrol. i-CHARGE berfungsi untuk menstabilkan kuasa voltan bateri. Apabila ia mengesani ada perubahan arus elektrik, ia akan menyimpan dan membebaskan tenaga pada masa yang sesuai, supaya kuasa voltan bateri dan suis pencucuh dikekalkan. Dengan itu, proses pembakaran petrol yang lebih sempurna akan berlaku dan kos petrol boleh dikurangkan secara berkesan.
14 Adakah i-CHARGE akan menyingkatkan jangka hayat bateri kereta?
Mungkin anda rasa musykil, jika i-CHARGE boleh menyimpan dan menyalur tenaga daripada bateri kereta, pasti penggunaan kuasa voltan bateri bertambah berbanding dengan masa sebelum ia dipasang. Padahal, keadaan sebaliknya pula berlaku, kerana i-CHARGE berfungsi sebagai bateri kereta yang kedua. Ia bukan saja membantu alat-alat kelengkapan elektronik kereta berjalan lancar, malah mengurangkan bebanan dan kuasa voltan bateri yang tinggi, dan seterusnya memanjangkan jangka hayat bateri. Selain itu, Sistem Doktor Bateri juga membolehkan anda memeriksa kuasa voltan bateri dengan lebih mudah. Oleh itu, i-CHARGE hanya memanjangkan jangka hayat bateri, sepertimana kita menjalani pemeriksaan kesihatan badan secara tetap.
15 Adakah tenaga bateri akan kehausan jika i-CHARGE masih dipasang selepas enjin kereta dimatikan?
Selepas enjin kereta dimatikan, i-CHARGE tidak akan merosakkan bateri kereta jika ia masih dipasang. Ini kerana kebanyakan kereta memiliki reka bentuk yang tersendiri. Suis pencucuh akan berhenti beroperasi (mengelakkan ia terbakar sendiri) selepas enjin dimatikan. Lantaran pemutusan litar elektrik, kuasa voltan bateri tidak akan kehausan. Lagipun, i-CHARGE hanya memerlukan kuasa voltan yang kecil untuk beroperasi, berbanding dengan kapasiti bateri yang besar. Namun, kami ingin mengesyorkan, jika anda tidak menggunakan i-CHARGE untuk beberapa minggu atau bulan, lebih baik litar elektrik bateri diputuskan, sebab kelengkapan elektronik kereta akan menghauskan kuasa bateri lebih cepat daripada i-CHARGE tanpa mengira ia digunakan atau tidak. Bagi pemilik motosikal pula, anda dinasihatkan agar mencabut i-CHARGE keluar demi mengelakkan sebarang kecurian dan kehausan bateri berlaku. Ini kerana kapasiti bateri motosikal adalah jauh lebih kecil daripada kereta, jadi, kuasa voltan baterinya lebih cepat menjadi kehausan. Justeru itu, baik i-CHARGE dicabut selepas enjin motosikal dimatikan.
ulis abstrak anda di sini.
Ulasan lain tentang www.zeromax.biz