• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

http://www.freestylecash.com

oleh : tarapapa    


Aku rasa sesiapa pun yang dah berada dalam dunia forex lebih dari beberapa minggu (dan yang lebih tak bernasib baik, kurang
daripada itu) dah pernah kena tipu dengan pelbagai sistem dan informasi Forex di internet yang mahal dan tidak membantu langsung. Aku pun pernah. Korang menghabiskan beberapa hari atau lebih teruk, minggu, mengkaji sesuatu Expert Advisor (Robot Forex) dan rasa seronok mengenai 'kehebatannya' cuma untuk mengetahui kemudian yang ianya tidaklah sehebat seperti dihebohkan. Begitu juga dengan sistem-sistem manual.
Website ini masih lagi dalam proses persiapan yang aku rasa sampai bila pun takkan siap sepenuhnya kerana Forex ini adalah satu pembelajaran seumur hidup. Seperti Forex yang sentiasa berevolusi, sama juga dengan kita. Apa yang sentiasa jadi keutamaan adalah untuk mengetahui kebenaran disebalik website-website sistem Forex yang mengatakan produk mereka sangat menguntungkan dan sebagainya, tetapi bukan seperti 'website review' yang lain tetapi lebih fokus kepada aspek positif terhadap apa yang kita boleh buat untuk pergi ke matlamat kita. Mungkin korang pernah mendengar atau tidak pernyataan ini bahawa kemungkinan untuk berjaya adalah sangat tipis untuk pedagang-pedagang Forex yang baru dan ini sememangnya patut terjadi disebabkan orang-orang baru inilah paling mudah terperangkap dengan janji-janji manis website sistem Forex yang dijual dengan banyaknya di internet.
Biar aku tegaskan bahawa aku tidak langsung menjanjikan kekayaan mudah di sini. Forex sangat berisiko tinggi..noktah. Perjalanan pasti sukar. Korang perlukan ketabahan, disiplin dan juga kebolehan untuk berfikir secara kritikal (tetapi positif!) tetapi habuan dan keseronokannya membuatkan ia berbaloi. Jika korang baru saja bermula atau lebih berpengalaman, bermain Forex menggunakan 'Expert Advisors' boleh menjadi satu alternatif untuk meringankan tekanan dan membolehkan korang rileks dan belajar tentang Forex. Aku sentiasa berusaha mencari EA yang terbaik dan aku akan letakkan yang terbaik di website aku.
Adakah korang salah satu penjual sistem Forex? FreeStyleCash tidak akan terpengaruh dengan tawaran pihak ketiga, sebaik manapun produknya, lagi-lagi kalau produknya teruk. Walaupun seronok dapat komisen dan sebagainya tapi itu bukanlah fokus atau matlamat aku buat website ni. Bagi komisen atau tak, sebarang EA yang bagus akan diberi kredibiliti dalam website ni. Memanglah kalau korang boleh hubungi aku dengan maklumat yang lebih kalau korang ada EA yang rasanya cukup bagus tak kira EA yang boleh dapat percuma atau EA komersial, hantar saja email. Ini akan menguntungkan bukan saja aku tapi semua orang yang mengunjungi website ini untuk mendapatkan EA yang bagus!
Berkenaan aku dan siapa aku sebenarnya, aku cuma seorang pedagang/pemain Forex macam korang semua, dalam peralanan yang sama dan berkongsi turun-naik dan suka-duka. Aku mula buka akaun pada 6 Jun 2009. Umur aku 29 tahun. Mula-mula aku main Forex, rugi teruk tapi aku tambah lagi duit masuk sebab dah seronok main. Seronok kaji menatang Forex ni. Paling seronok tengok duit tiap-tiap hari masuk akaun..haha. Aku akan terus aktif dalam permainan Forex ni selagi mampu dan harap dapat jadi orang yang berjaya dan buktikan orang Malaysia juga boleh kaya dalam Forex Automatik ni.

Sila lawati http://www.freestylecash.com

Diterbitkan pada: September 14, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.