Memimpin industri herba di Malaysia dari segi pengeluaran yang inovatif,berday maju dan berwawasan.
Memberi keutamaan
terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan serta menjadi pegusaha no 1 dan penjual produk herba muslim di seluruh Malaysia.
HPA komited mewujudkan rangkain produk herba sebagau satu kaedah rawatan yang berkesan dan membentuk usahwan yang dinamik,progresif dan berwibawa dengan menjadi pengeluar produk halal melalui jaringan MLM syariah di Malaysia.
Syarikat ini telah diasakan oleh Tuan HJ.Ismail bin Hj.Ahmad yang berasal dari Kg,Mata Ayer ,Perlis pada bulan september 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi , berbekal warisan peninggalan nenek moyang,HPA industries Sdb.Bhd pun ditubuhkan pada 15 hb julai 1995.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi , pencapaian dan kecemerlangan.Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat , bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA industies Sdn.Bhd. diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia.HPA mempunyai pekerja yang sentiasa menjaga standart 'GMP'nya kini seramai 1800 orang.
Kini HPA memiliki sempat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladan ladang herba rossele,pegaga,misai kucing,jagung,serai,pisang dan ternakan ayam,itik,lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuhan tunbuhan herba . Sejak turun temurun lagi pemkanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.HPA telah berjaya mengabungkan produk produk herba secara komersil.Sehingga kini 81 produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang .HPA industries Sdn.Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran mutu produk sentiasa konsisten.
Pengabungan aspek Islam dalam proses pembuatan ,meningkatkan lagi keihklasan terhadap tugas tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
sila lawati www.hpa.com.my untuk keterangan selanjutnya