Rerumah Shvoong > Internet & Teknologi > Komputer > http://cdah3.multiply.com

.

http://cdah3.multiply.com

Review by : kebby
Lawatan: 70
Perkataan: 300
Diterbitkan pada: Disember 13, 2007
Petua membeli PC baru

SERING kali orang bertanya mengenai komputer peribadi (PC) yang ‘bagaimanakah’ harus dimiliki, jenama ‘apakah’, harganya ‘berapa’, ‘di mana’ hendak dibeli dan pelbagai lagi soalan akan timbul apabila hendak membeli PC. Pada pendapat penulis, semua itu sebenarnya bergantung kepada keadaan yang ada antaranya boleh dijawab sendiri kerana faktor paling utama ialah bajet dan keperluan PC itu dalam penggunaannya. PC paling sesuai untuk seseorang itu sebenarnya yang boleh membantu apa yang mereka hendak lakukan, sekali gus memenuhi keperluan dalam melakukan tugas seharian serta kehendak sosial mereka. Misalnya, seseorang yang lebih cenderung kepada tugasan grafik memerlukan PC yang lain keupayaannya dengan seseorang yang kerjanya hanya menulis atau seorang ahli ekonomi yang banyak bergelumang dengan pengiraan dan statistik.
Pesta jualan PC dan pelbagai peralatan atau perisian yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) anjuran Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), akan berlangsung di beberapa bandar utama di seluruh negara mulai hujung minggu ini.
Bagi jurujual yang sensitif dan jujur kepada pelanggan, biasanya mereka akan bertanya dulu kepada bakal pelanggan mengenai bajet dan keperluan, lalu mencadangkan sesuatu yang dijangka boleh memenuhi kehendak dan di dalam lingkungan bajet pelanggan. Jika dulu pengguna grafik akan memilih PC Apple Macintosh, tapi kini PC yang berasaskan Windows juga mempunyai keupayaan hampir serupa, manakala pengeluar PC Apple juga kini sudah beralih ke penggunaan cip pemproses dan set cip berasaskan Intel.

Source: Akhbar Harian Metro,Variasi » it@Metro
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.