http://www.wikimapia.com
Summary rating: 2 stars
7 Ulasan
Lawatan
:
916
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: Januari 04, 2008
Wiki adalah satu konsep membangunakan maklumat disesebuah laman web secara bersama atau gotong-royong. Apabila konsep Wiki ini diperkenalkan pada tahun 2001 ianya adalah satu konsep yang sukar untuk diterima, ini kerana konsep Wiki adalah satu konsep dimana pengunjung boleh menokok dan menambah maklumat didalam sesebuah laman web.
Satu daripada kemudahan Wiki yang popular adalah encyclopedia. Kemudian diikuti dengan wiki dictionary, Wikispecies dan pelbagai Wiki lagi. Satu lagi Wiki yang telah diperkenalkan adalah Wikimap atau peta Wiki.
Konsep Wiki Map ini adalah pengguna boleh menambahkan maklumat-maklumat berkenaan dengan sesuatu kawasan, bangunan atau kediaman kedalam peta yang boleh dikongsikan. Dengan cara ini ianya memudahkan pencarian lokasi sesuatu tempat untuk pelbagai tujuan.
Dengan adanya kemudahan Wikimapia ini pengguna boleh menambahkan sendiri maklumat yang mereka ingin kongsikan kepada pengguna laman web yang lain, sebagai contoh bangunan tempat mereka berkerja, dengan cara ini mudah untuk pelanggan mencari lokasi bangunan mereka.
Untuk mereka yang berniaga mudah untuk pelanggan mencari lokasi perniagaan atau tempat mereka berniaga. Untuk Hari Raya ini mungkin telah ada yang hendak merancang untuk mengadakan rumah terbuka, jadi wikimap memudahakan saudara mara mencari lokasi rumah kediaman kita.
Untuk mereka yang balik kampung, tambahkan lokasi rumah dimana kita akan berada, ini akan memudahkan rakan mengunjungi kita bila mereka berada di tempat yang sama.
Untuk menambahkan maklumat lokasi anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:
1. Cari lokasi yang hendak di kongsikan
2. Klik diatas Add Place
3. Satu kotak akan dipaparkan
4. Besarkan saiz kotak sehingga menutupi kawasan lokasi, tekan save.
5. Isikan maklumat mengenai lokasi, - terperincikan maklumat, jangan letak
Ulasan lain tentang http://www.wikimapia.com