http://e-komputer.info
Summary rating: 5 stars
1 Ulasan
Lawatan:
142
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: September 23, 2007
Richard "Rich" Skrenta (lahir 1967) ialah pengaturcara komputer dan pencipta untuk apa yang telah dianggap sebagai virus komputer pertama yang ditemukan di 'hutan belantara'. Virus tersebut yang dikenali sebagai Elk Cloner mula menjangkiti mesin-mesin Apple II pada tahun 1982.
Dilahirkan di Pittsburgh, Pennsylvania, Skrenta merupakan lulusan Universiti Northwestern. Antara tahun 1989 hingga tahun 1991, beliau mengerjakan perisian Amiga Unix di syarikat Mesin Perniagaan Commodore. Selepas itu, Skrenta bekerja di Makmal Sistem Unix sehingga tahun 1995, apabila beliau menyertai Sun Microsystems untuk mengerjakan pengekodan aras-IP antara tahun-tahun 1996 hingga 1998.
Pada tahun 1998, Skrenta meletakkan jawatannya di Sun untuk menjadi salah satu pengasas Projek Direktori Terbuka. Selain daripada mengerjakan direktori tersebut, beliau juga mengerjakan Carian Netscape, Muzik AOL, dan Membeli-belah AOL.
Skrenta juga melibatkan diri dalam pembangunan VMS Monster, permainan MUD yang lama untuk VMS yang kemudian mengilhami permainan TinyMUD. Beliau juga dikenali kerana peranannya dalam pembangunan perisian TASS, pendahulu untuk Tin yang merupakan perisian pembaca berita Usenet yang popular bagi sistem-sistem Unix.
Pada tahun 1989, Skrenta mula mengerjakan sebuah permainan penyelakuan berbilang pemain yang dilancarkan oleh syarikat Permainan Shadow Island pada tahun 1994 di bawah nama Olympia sebagai suatu permainan bayar-dan-main. Beliau kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Topix.net.