http://e-komputer.info
Summary rating: 1 stars
2 Ulasan
Lawatan:
137
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: Oktober 05, 2007
Virus komputer ialah atur cara komputer yang boleh menyalin diri dan menjangkiti komputer yang lain tanpa keizinan atau pengetahuan pengguna. Istilah ini dipinjam daripada istilah biologi kerana komputer virus bertindak dengan cara yang sama dengan virus biologi.Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.