Sifoo.com
Summary ratings: 3 stars
(xx voters)
Lawatan:
99
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: November 02, 2007
Warna adalah unsur yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kehidupan akan muram dan tidak bermaya jika tiada warna di sekeliling kita. Warna bukan sahaja berfungsi untuk menceriakan suasana dan persekitaran malah ia mempunyai berbagai faedah dan kegunaan dalam pelbagai lapangan hidup. Bidang seni, perubatan, undang-undang, perniagaan malah dalam sejarah tamadun manusia membuktikan peranan warna terhadap manusia dan masyarakat. Warna sering digunakan secara simbolik; contohnya penggunaan warna merah melambangkan keberanian dan sebagainya. Manusia sentiasa menggunakan warna dalam persekitaran mereka untuk tujuan hiasan, rekaan, kesesuaian dan sebagainya dalam setiap aspek kehidupan manusia. Peranan warna mungkin dilihat lebih penting bagi seseorang artis atau pereka. Di dalam sejarah, kita boleh melihat bagaimana warna mempengaruhi atau mewakili sesebuah zaman, masyarakat atau era. Contohnya pakaian remaja hippies, pakaian pemuzik reggae dan sebagainya yang memudahkan kita untuk mengenali sebuah proses perkembangan. Justeru warna turut berfungsi dalam menentukan imej, persekitaran, hala-tuju dan boleh mempengaruhi sesebuah zaman. Sebagai seorang artis atau pereka, mungkin kita tertanya bolehkah kita menerka warna untuk masa hadapan? Bagaimana kita mahu menyesuaikan atau mungkin mendahului artis atau pereka lain dalam hasil karya kita? Sebenarnya ia melibatkan pelbagai isu semasa dan kejadian-kejadian yang berlaku masa kini yang mungkin boleh mempengaruhi arah tuju warna di masa hadapan. Peristiwa-peristiwa dan pelbagai teknologi seperti Internet, pendedahan media tentang sesebuah trend, pertunjukan, alam sekitar dan sebagainya adalah antara rujukan terpenting dalam memahami apakah warna yang bakal mendominasi period akan datang.