Rerumah Shvoong > Internet & Teknologi > Tapak Peribadi > macpal007.tripod.com

.

macpal007.tripod.com

Summary rating: 1 stars 3 Ulasan
Review by : Positive Thinker
Lawatan: 795
Perkataan: 300
Diterbitkan pada: April 06, 2007
Laman Web : macpal007.tripod.comKategori : Laman Web PeribadiLaman web ini merupakan antara laman web peribadi yang masih setahun jagung. Walaupun begitu, usaha seorang pelajar untuk membinanya patut kita kagumi. Apabila anda melayari laman web tersebut, banyak kekurangan yang dapat dilihat sama ada dari segi susun atur muka surat dan pengisian.Namun, pada pendapat saya, idea yang cuba diketengahkan oleh pelajar tersebut boleh pergi lebih maju lagi.Tema/IdeaKeseluruhan laman web ini sudah pastinya menjurus kepada kehidupan sosial pengarang yang ingin dikongsi bersama orang lain. Apa yang menarik di dalam laman web ini ialah kepercayaan pengarang terhadap hubungan persahabatan. Bagi pengarang persahabatan merupakan suatu yang sukar dicari dan tidak boleh ditukar ganti. Lupakan seketika kisah-kisah cinta kerana anda tidak akan menemui semua itu di dalam laman web ini. Yang ada hanyalah persahabatan sejati. Pengarang berfikir tentang definisi persahabatan itu sendiri, mempersoalkan persahabatannya dengan rakan-rakan. Lalu membuat kesimpulan dengan keunikan tersendiri.Isi KandunganTerdapat laman ''2006 Memory'' yang memaparkan foto-foto pengarang bersama rakan-rakan. Namun begitu tidak banyak yang dipamerkan oleh pengarang. Saya kira dia masih belum memuatnaikkan foto-foto yang lain. Apabila melihat foto-foto tersebut, saya teringat kembali kenangan sewaktu alam persekolahan. Tak bolehlah saya cerita kerana nanti jadi laman web peribadi saya pula.Laman ''the thought for today'' pula menjadi tempat pengarang menulis idea-idea kreatifnya. Manakala ruangan ''Lyrics'' menyediakan lirik lagu bertemakan persahabatan untuk tatapan penonton. Lirik-lirik puitis yang terdapat di ruangan tersebut pasti mengembalikan kenangan silam xaman remaja para penonton.KomenKalau diikutkan  memang apa yang saya tulis di atas terselit komen, pendapat, mahupun kritikan tentang laman web tersebut. Bagi mereka yang sangat menghargai persahabatan dan ingin berkongsi pandangan mereka tentang persahabatan, sememangnya laman web ini sesuai untuk anda. Walaupun kandungannya masih kurang tetapi pengarang amat berharap penonton dapat memberikan komen,kritikan,dan cadangan agar beliau mampu memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan.
macpal007.tripod.com        2007 
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.

Tapak peribadi - Paling popular