Selamat Sejahtera...
Saya baru mengetahui yang vinefire adalah scam. Saya mengetahui ia adalah scam selepas membaca
di blog-blog orang yang perihatin tentang penipuan di internet. Saya juga ada bertanyakan kepada rakan-rakan blog tentang web ini. Ternyata ia adalah benar. Cuba anda fikir, adakah orang yang sanggup bayar kepada kita dengan hanya klik pada link-link di web tersebut. Fikir dengan akal yang waras memang tiada. Kalau betul ramai yang berhenti kerja dan hanya melayari web tersebut dan klik sebanyak yang boleh. Dan ada dinyatakan di web tersebut jika upgrade $50 anda akan diberi had bayaran $100 sehari, Adakah munasabah??
Saya juga adalah diantara sebilangan besar orang-orang yang ditipu oleh mereka. Saya merasakan diri saya amat bodoh kerana tidak menyiasat dengan lebih terperinci dahulu web tersebut. Tetapi pemilik web tersebut amat licik kerana rekabentuknye tidak menyatakan tentang bila pembayaran kepada pelawat dibuat kerana asyik klik pada link-link yang disediakan. Sampailah akhirnya barulah saya tergerak hati untuk membaca common question di menu "how it works", dinyatakan disitu dalam common question (when i get paid) akan dibayar 31/1/2010. Disitu saya sedar yang ini adalah scam. Dan saya telah tertipu.
Petikan dari menu How It Works Vinefire.com Common Questions
* When will I get paid? The first payment is scheduled to be sent January 31, 2010. After that, we will begin sending weekly payments to all members.
* Why not pay sooner? Vinefire is currently in "beta" mode. That means that we are testing to make sure the site will be profitable in a long-term way before we begin sending regular payments. Committing to regularly scheduled payments too early could cause the website to collapse before it really gets a chance to get started.
Kepada anda diluar sana janganlah mudah tertipu untuk program scam sebegini..berhati hatilah dan siasat dahulu dengan terperinci...
Salam Sukses....