Kajian ini memfokuskan kepada bagaimana pelajar-pelajar melayari web untuk mencari maklumat yang diperlukan melalui enjin
carian maklumat bagi subjek Pengurusan Sumber Maklumat (PSM). Responden kajian terdiri daripada 66 orang guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI - Sekolah Rendah) Pengkhususan Pemulihan Khas di Institut Perguruan Perlis, Perlis. Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan deskriptif. Borang soal selidik kajian yang mengandungi 33 item telah dibina dan diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Soalselidik mengandungi soalan tertutup jawapan berskala dan soalan yang memerlukan jawapan berdasarkan pendapat dan cadangan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa enjian carian maklumat Yahoo dan Google begitu digemari sebagai enjin carian untuk memperoleh maklumat bagi subjek Pengurusan Sumber Maklumat. Di samping itu responden bersetuju enjin carian maklumat menyediakan maklumat yang relevan bagi subjek PSM dan subjek-subjek lain. Selain daripada memperoleh sumber pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar juga menggunakan enjin carian maklumat untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan agama, berita, hiburan, sukan dan pengetahuan seks. Dapatan kajian telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan SPSS V.12 (Statistical Package for Social Science Version 12) dan juga secara analisis dokumen bagi soalan yang memerlukan jawapan pendapat dan cadangan.
Laporan penuh akan diterbitkan dalam ruangan ini dalam masa terdekat.