Rerumah Shvoong > Undang-Undang & Politik > 10 Alasan Mengapa Sony Playstation 3 Akan Mengatasi Xbox

.

10 Alasan Mengapa Sony Playstation 3 Akan Mengatasi Xbox

Summary rating: 5 stars 1 Ulasan
Pengarang : Aaron Brooks
Abstrak oleh : ekompute
Lawatan : 273  Perkataan: 600   Diterbitkan pada: Ogos 25, 2007
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada 10 Reasons Why Sony Playstation 3 Will Beat Out Xbox
Dalam dunia teknologi, perlumbaan untuk keunggulan hanya menjadi lebih
hebat apabila Phil Harrison, presiden hiburan komputer Sony berkata, "Playstation 3 ialah komputer. Kita tidak memerlukan komputer peribadi."
Dan berita terkini adalah bahawa PS3 telah mencapai suatu takat yang
baru kerana ia bukan sahaja merupakan sebuah konsol permainan.

Walaupun banyak tokoh teknologi masih menumpukan perhatian mereka
kepada Xbox360, di sini adalah beberapa alasan tentang mengapa PS3
mungkin akan memiliki kelebihan. Menurut penganalisis Shawn Milne,
walaupun Xbox360 akan dikeluarkan lebih dahulu, PS3 akan mengatasi jualannya pada setiap tahun selepas tahun 2006. Menjelang tahun 2010, PS3 akan menjual 23.3 juta salinan hanya di Amerika Syarikat, menurut ramalan-ramalan:
1. PS3 boleh dipergunakan untuk menonton filem, bermain muzik, dan melayar internet.
2. GPU amat berkuasa dan pantas. Kelemahannya adalah bahawa ia dijangka akan sukar diatur cara.
3. Ingatannya adalah 256 MB XRD untuk sel dan 256 MB DDR3 untuk GPU.
4. PS3 mempunyai  Ethernet duaan, wi-fi terbina, Bluetooth, slot ingatan flash, dan blue ray.
5. PS3 mempunyai perkakasan yang jauh lebih berkuasa daripada Xbox 360 dan akan berupaya menghasilkan imej-imej yang seolah-olah hidup.
6. Permainan-permainan PS3 akan disimpan dalam cakera-cakera Bluray yang menyimpan 54 gigabait manakala ruang permainan bagi Xbox360 adalah hanya  9 gig.
7. PS3 akan memiliki daya penarik antarabangsa dan akan digemari oleh
kedua-dua pembangun permainan dan pengguna asing. Menurut khabar-khabar
angin pasaran, permainan-permainan PS3 disediakan supaya dapat menjadi
amat ghairah dan tidak serupa dengan apa yang biasa ditemukan.
8. PS3 mempunyai pilihan-pilihan kebolehkembangan dan kesambungan yang
amat luas, termasuk flash padat, kad SD, memory stick, Bluetooth, USB
dan sebagainya.
9. PS3 berhasrat untuk memberikan skrin duaan dan dukungan 1080p.
Teknologi paparannya adalah jauh lebih maju dengan apa-apa yang dapat
dibayangkan oleh sesiapa, dengan imejan akan menjadi sinonim kepada
PS3. Bayangkanlah anda bermain permainan seperti perlumbaan Formula 1
dan Killzone dengan keindahan panoramik.
10. Persisian kamera IP HD atau EyeToy 2 akan menghantar imej-imej yang
amat jelas merentasi internet serta juga suapan-suapan merentasi
Intraweb.

Tambahan lagi, PS3 telah direka bentuk supaya serasi ke belakang dan oleh itu, anda akan dapat bermain permainan lama dan baru.
PS3 akan membenarkan anda bermain permainan yang tersimpan dalam
perpustakaan PS1 dan PS2 dan dengan konsol yang paling terkini, anda
boleh membut kegemaran-kegemaran lama seperti Tobal atau Shattered
Soldier dan mengenang balik masa dahulu. Menurut Larry Magid,
penganalisis teknik CBSNews.com, "Pemproses grafik bagi Sony
PlayStation baru adalah amat menarik. Semasa permainan, ia melakarkan imej-imej yang kelihatan seolah-olah dihasilkan oleh studio filem".

PS3 siap sedia untuk menjadikan impian sebagai suatu kenyataan.
Bayangkanlah Metal Gear, Warhawk, Tekken, i-8, Gran Turismo, Killzone,
dan Dante yang begitu menarik antara jutaan permainan yang lain!
Apa-apa sahaja bisikannya, kenyataan akan muncul apabila PS3
dilancarkan dan para pengguna dapat merasai pengalaman pertama mereka.

Aaron Brooks ialah penulis bebas bagi
http://www.1888freeonlinegames.com, tapak web utama untuk bermain
ribuan permainan percuma dalam talian, termasuk permainan-permainan
arked, aksi, kad, flash, strategi, teka-teki dan lain-lain lagi. Beliau
juga bekerja bebas untuk http://www.1888discuss.com, tapak forum
perbincangan PERKONGSIAN HASIL yang utama.

Abstrak lain tentang 10 Alasan Mengapa Sony Playstation 3 Akan Mengatasi Xbox
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------