5.
Pada
masa ini masalah
pengiklanan tanpa
kelulusan semakin meningkat.
Mengapa perkara ini tidak ditangani dengan meningkatkan pendidikan
kepada pemegang pendaftaran produk?
Unit
Kawalan
iklan sedang
dan telah mengadakan sesi dialog secara
berterusan dengan pihak media dan agen pengiklanan. Adalah
lebih mudah untuk memberi taklimat kepada pihak media/agen
pengiklanan kerana jumlahnya yang lebih kecil berbanding jumlah
syarikat pemegang pengeluar produk. Dengan pendidikan yang
diberi kepada pihak media/agen pengiklanan, diharapkan pihak
terbabit dapat memastikan status kelulusan setiap iklan yang
diterima sebelum ianya disiarkan.
6.
Sekiranya
sesuatu
produk farmaseutikal telah berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia adakah kelulusan Lembaga Iklan
Ubat diperlukan
jika produk ingin diiklankan?
Ya.
Kerana kelulusan pendaftaran produk adalah kelulusan dari
segi keselamatan dan efikasi sesuatu produk sedangkan kelulusan
Lembaga Iklan Ubat adalah merujuk kepada kelulusan pengiklanan
sesuatu produk bagi mengelakkan sebarang kekeliruan oleh pihak
awam serta memastikan kepatuhan kepada peruntukan Akta Ubat
(Ikan dan Penjualan) 1956 dan Garispanduan yang dikuatkuasakan.
7.
Bagi
iklan-iklan produk farmaseutikal yang disiarkan dalam bentuk
''crawler'', adakah kelulusan iklan perlu diprolehi dari Lembaga
Iklan Ubat?
Ya.
Kerana ''crawler'' juga merupakan salah satu bentuk penyampaian
maklumat dan ini adalah satu bentuk pengiklanan.
8.
Bagaimanakah
hendak menentukan bahawa sesuatu permohonan iklan yang dikemukakan
untuk siaran telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat?
Semasa
menerima permohonan, sila semak sijil kelulusan Lembaga Iklan
Ubat beserta
format iklan yang telah diluluskan. Juga pastikan
bahawa format yang disertakan telah ditandatangani oleh Setiausaha
dan Penterjemah Lembaga Iklan Ubat. Pastikan nombor kelulusan
pada format iklan adalah sama sebagaimana pada sijil kelulusan
iklan. Contoh nombor kelulusan adalah: KKLIU/1234/2004/ABC
9.
Adakah
Lembaga Iklan Ubat juga mengawal pengiklanan iklan-iklan produk
di syarikat-syarikat jualan langsung?
Ya.
Pada masa ini Lembaga Iklan Ubat telah meluluskan beberapa
permohonan kelulusan iklan daapa syarikat jualan langsung
yang melibatkan pelbagai jenis produk farmaseutikal.
10.
Bagi
segmen tajaan produk farmaseutikal di radio, jika ada pemanggil
yang mendakwa keberkesanan satu-satu produk, adakah senario
ini dibenarkan?
Bagi
segmen tajaan produk farmaseutikal, segmen dari pemanggil
adalah tidak dibenarkan. Tempoh sah kelulusan bagi segmen
tajaan adalah hanya 6 bulan sahaja.
11.
Adakah
iklan-iklan perubatan di internet perlu mendapat kelulusan
dari Lembaga Iklan Ubat?
Sebarang
bentuk sebaran maklumat yang melibatkan produk dan perkhidmatan
perubatan adalah dianggap sebagai iklan dan ini termasuklah
di internet. Dari itu, kelulusan dari Lembaga Iklan Ubat perlulah
diperolehi sebelum ianya disiarkan kepada umum.
Abstrak lain tentang Umum II