1.
Untuk
isu
produk menguruskan
berat badan, apakah sebenarnya "tuntutan
perubatan"/perkataan yang tidak boleh dibuat didalam
satu-satu
iklan yang ingin disiarkan?
Perkataan
"Weight Loss"/mengurangkan berat badan/''slimming''
dikelaskan sebagai salah satu
tuntutan perubatan. Sekiranya
pihak pengiklan ingin membuat tuntutan tersebut di dalam iklan
produk/perkhidmatan mereka, mereka perlu dirujuk kepada pihak
L.I.U terlebih dahulu sebelum ianya diiklankan.
2.
Adakah
slot ''testimoni''/pengakuan pengguna tentang satu-satu produk/
perkhidmatan
mengurangkan berat badan itu dibenarkan di dalam
satu-satu iklan?
''Testimoni''/pengakuan
pengguna adalah tidak dibenarkan kerana selalunya ia mengandungi
banyak tuntutan perubatan yang tidak dibenarkan.
3.
Jika
satu-satu iklan program mengurangkan berat badan tersebut
hanya menyatakan tentang program yang ditawarkan seperti teknik
senaman dan jadual diet/pemakanan sahaja, adakah iklan sebegini
boleh disiarkan tanpa kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat?
Jika
dalam iklan tersebut hanya menyatakan tentang program diet
dan senaman sahaja, tiada masalah. Namun sekiranya ada tuntutan
perubatan yang mengaitkan dengan produk yang digunakan maka
perlu kelulusan dari L.I.U dengan syarat produk tersebut telah
didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Abstrak lain tentang Weight Loss