Adakah
iklan ''hair loss''
dibenarkan oleh Lembaga Iklan Ubat?
Iklan
''hair loss'', botak
dan sebagainya
adalah tidak dibenarkan.
Iklan tidak harus mengandungi sebarang
tuntutan atau implikasi
bahawa:
- kebotakan
boleh dihindari
- kekurangan atau keguguran rambut boleh dihentikan atau dilebatkan
- pertumbuhan rambut boleh dipergiatkan atau diperbaikiWalaubagaimanapun
iklan teknik tenunan rambut (hair-weaving) adalah dibenarkan.
Bagi
sesuatu iklan makanan, adakah iklannya dibenarkan jika terdapat
tuntutan perubatan seperti mengurangkan paras gula dalam darah?
Tidak
boleh. Ini adalah kerana mengurangkan paras gula merupakan
tuntutan perubatan dan adalah antara 20 jenis penyakit yang
tidak boleh diiiklankan di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan)
1956.
Bagi
iklan Air Tongkat Ali dan Air Kacip Fatimah, adakah pengiklanannya
memerlukan kelulusan dari Lembaga Iklan Ubat?
Air
Tongkat Ali dan Air Kacip Fatimah adalah dikatogerikan sebagai
makanan. Dari itu ia bukanlah dikawal di bawah Lembaga Iklan
Ubat. Walaubagaimanapun bagi iklan sedemikian, tiada tuntutan
perubatan yang dibenarkan.
Abstrak lain tentang Hair Loss,Makanan Tambahan