Rerumah Shvoong > Undang-Undang & Politik > RAFIDAH : JAWATAN HILANG WIBAWA BERKECAI

.

RAFIDAH : JAWATAN HILANG WIBAWA BERKECAI

Pengarang : none
Abstrak oleh : semiji
Lawatan : 20  Perkataan: 600   Diterbitkan pada: Mac 19, 2008

Akhirnya Ketua Wanita Umno mengambil keputusan yang sangat menghibakan apabila berjanji akan terus mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia. Walaupun tiada pangkat dan tiada jawatan dalam Kabinet baru PM namun beliau masih setia bersama Umno/BN. Walaupun beliau juga merupakan pemimpin nombor satu seluruh wanita di Malaysia mencipta sejarah tidak diberikan jawatan dalam Kabinet, namun beliau tetap menebalkan muka yang sentiasa tebal untuk bersama-sama hanyut dengan kepimpinan PM. Inilah pengorbanan Wanita Umno nombor Wahid...........yang wajar dicontohi oleh semua wanita-wanita Umno yang lain agar semuanya akan terkumpul dalam lipatan sejarah Umno untuk dijadikan sukatan pelajaran sejarah beberapa tahun yang akan datang.


Sungguh tragis, penuh kejutan, tidak ada dalam mana-mana lipatan sejarah Umno untuk menidakkan jawatan dalam Kabinet untuk Ketua Wanita Mereka. Rafidah bukanlah kalah, beliau masih menang dan berstatus Ahli Parlimen di Kuala Kangsar. Kenapa beliau tidak dipilih menjadi anggota Kabinet? Kenapa Timbalan beliau pula iaitu Dato Seri Shahrizat yang tersembam di Lembah Pantai kepada Puteri Reformasi dilantik sebagai Penasihat PM bertaraf Menteri? Kenapa Rafidah dibuang oleh Pak Lah? Apa Dosa Rafidah kepada Pak Lah?

Rafidah banyak jasanya kepada Umno, tidak terbilang berapa banyak saham-saham dan AP yang beliau telah agihkan kepada semua juak-juak dalam Umno? Kenapa PM sanggup membuang Rafidah yang telah menghabiskan masa,jiwa dan raganya untuk Umno selama ini.Atau adakah ini hanya muslihat untuk meredakan tekanan kepada Umno atau BN yang kalah teruk dalam PRU 12? Kenapa Rafidah menjadi mangsa kambing hitam demi menyelamatkan orang-orang atasan Umno?

Teruk sangatkah mutu kerja Rafidah di Kementerian beliau dulu? Hebat sangatkah Rais Yatim yang suka membazirkan duit rakyat dengan pesta-pesta hiburan jika dibandingkan dengan Rafidah? Hebat sangatkah Muhammad Taib yang melarikan tunai RM 3juta jika hendak dibandingkan dengan Rafidah yang mempunyai nilaian AP yang beratus-ratus juta? Hebat sangatkah Noh Omar yang naik pangkat jadi Menteri sekadar menjaga bebudak sekolah sebelum ini jika hendak dibandingkan dengan Rafidah yang menjaga seluruh wanita di Malaysia? Hebat sangat Shaberry Chik,Shahrir Samad dan sekutunya yang pernah membuat pakatan menentang arus dalam Team B dulu jika hendak dibandingkan dengan kesetiaan Rafidah? Hebat sangatkah Dr.Mashitah yang dibuang jauh oleh rakyat Baling sehingga tidak menjadi calon pun namun dipilih PM menjadi Timbalan Menteri, hina sangatkah Rafidah?

Wahai kaum hawa, wanita Umno Malaysia, sedarlah.............ketua kamu diaaniayi, bangkitlah membela ketua wanita kamu. Kenapa kamu menyepi diri disaat Rafidah perlukan sokongan kamu. Ikutlah jejaj Dato Seri radzi Sheikh Ahmad yang meletak jawatan sebagai SU UMNO DAN BN kerana tidak diberikan jawatan dalam kabinet.Beliau cerdik kerana ini bermakna memang PM tak percayakan kerja-kerja beliau selama ini? Orang kanan beliau sendiri pun sanggup PM singkirkan! Malang sungguh nasib pemimpin Umno dekad ini. Ayuh bangkitlah, tetapkan pilihan anda, bersama rakyat sebelum terlambat. Salam Perjuangan.

Abstrak lain tentang RAFIDAH : JAWATAN HILANG WIBAWA BERKECAI
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------