1.
Jika
pemilik satu-satu
produk itu telah membuat kajian ke atas
para pengguna produk mereka,
dan 70% dari pengguna tersebut
telah mengakui keberkesanan produk itu, maka bolehkah produk
tersebut dijual/dipasarkan?
Isu
keberkesanan produk dan keperluan untuk pendaftaran adalah
di bawah tanggungjawab
pihak Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan.
2.
Kadangkala
kami mendapat surat amaran untuk iklan-iklan yang tidak ada
membuat tuntutan
perubatan yang melampau. Boleh jelaskan bagaimana
perkara ini boleh terjadi?
Jika
satu-satu produk itu dikelaskan sebagi produk farmaseutikal
dan telah didaftarkan, maka iklan bagi produk tersebut memerlukan
kelulusan daripada pihak L.I.U walaupun ianya tidak membuat
tuntutan perubatan.Manakala untuk iklan perkhidmatan
kesihatan pula, hanya pihak-pihak yang tertentu seperti hospital, klinik
dan makmal radiologi/perubatan swasta sahaja yang boleh diiklankan.
3.
Sesetengah
produk tidak mempunyai nombor pendaftaran (Nombor MAL) dan
juga tidak mempunyai kelulusan daripada L.I.U untuk diiklankan.
Namun produk tersebut sudah mempunyai kelulusan daripada pihak
FDA. Bagaimana dengan situasi ini?
Dengan
adanya kelulusan daripada pihak FDA, ini tidak bermakna produk
tersebut telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di Malaysia untuk satu-satu produk farmaseutikal tersebut
boleh dipasarkan, ia perlulah didaftarkan dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia terlebih dahulu. Selepas didaftarkan dengan
Kementerian Kesihatan, barulah produk tersebut boleh memohon
dengan pihak L.I.U untuk mendapatkan sijil KKLIU pula.Namun
sekiranya produk tersebut bukan dikelaskan sebagai produk
farmaseutikal dan ia hanya dikelaskan sebagai makanan sahaja,
maka pemilik produk perlu merujuk kepada Bahagian Keselamatan
Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan
lanjut.
Abstrak lain tentang Umum