PERKARA 4 : PENGAWAS SEKOLAH
4.1 PERATURAN AM
4.1.1 Pengawas sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada pelajar-pelajar yang mempunya peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas.
4.1.2 Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas dengan baik
4.1.3 Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua pelajar Sekolah Rendah.
4.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan mereka mesti mematihi arahan pengawas.
4.1.5 Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan khas pengawas.
4.1.6 Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.
4.1.7 Membantu pihak sekolah melakukan ‘spot check’ kepada peajar.
4.1.8 Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada pelajar-pelajar lain termasuk ke acara/majlis rasmi.
4.1.9 Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Badan Pengawas dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Sandakan sepanjang masa.
4.2 PAKAIAN RASMI
4.2.1 Pakaian rasmi pengawas hendaklah dipakai pada setiap hari dan pada-pada acara/majlis rasmi sekolah.
4.2.2 Kategori pakaian dan jadual pemakaian :
a) Baju kameja putih berlengan dan kain sarung/skirt pink gelap, tudung pink gelap serta bertali leher, setiap hari Isnin dan semasa acara/majlis rasmi sekolah.
b) Baju kurung putih, tudung merah jambu (pink) gelap, kain sarung/ skirt merah jambu (pink) gelap pada hari Selasa hingga Jumaat.
4.2.3 Pakaian rasmi ketua kelas:
Baju kurung putih, tudung putih, kain sarung biru.
4.2.4 Pakaian rasmi Pengawas Pusat Sumber
Baju kurung putih, tudung putih, kain sarung biru.
PERKARA 5 : KELUAR /MASUK KAWASAN SEKOLAH
5.1 KELUAR KAWASAN SEKOLAH
5.1.1 Hanya ibu bapa/penjaga pelajar sahaja yang dibenarkan membawa keluar pelajar dari kawasan sekolah sekiranya berlaku kecemasan dengan pengetahuan pihak sekolah.
5.1.2 Pelajar mesti mengisi borang kebenaran keluar yang ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga dan diserahkan kepada PK. HEM/Guru Disiplin/Guru Bertugas.
5.1.3 Pelajar yang menyertai aktiviti di luar sekolah, ibu bapa/ penjaga mesti menandatangani surat kebenaran mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Jabatan Gabungan Pelajaran Daerah, Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri,Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun pihak swasta atau NGO.
5.1.4 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam tempoh pembelajaran yang telah ditetapkan tanpa pengetahuan daripada pihak sekolah.
5.1.5 Pelajar yang memerlukan rawatan perubatan ke klinik/hospital, mesti mendapatkan surat kebenaran dari sekolah yang ditandatangani oleh guru disiplin/guru bertugas/PK.HEM. Setelah selesai mendapatkan rawatan, pelajar dikehendaki mengembalikan keratan surat tersebut yang telah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan/Doktor yang telah merawat pelajar kepada guru yang berkenaan sebagai membuktikan anda telah dirawat.
5.1.6 Masa untuk mendapatkan rawatan :
a) Pelajar sesi pagi : dibenarkan ke klinik/hospital hanya selepas tamat pembelajaran
pembelajaran sesi petang bermula.
5.1.7 Mana-mana pelajar yang keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran, pihak sekolah tidak akan brtanggungjawabsekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini terhadap pelajar tersebut.
5.1.8 Sekiranya pelajar sakit atau mengalami kecederaan semasa berada di sekolah ibu bapa/penjaga dikehendaki menambil pelajar tersebut. Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak dapat dihubungi, maka guru boleh menghantar pelajar tersebut ke hospital.
5.1.9 Pelajar yang diberi kebenaran pulang awal adalah untuk kes kematian, sakit atau urusan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir.
5.1.10 Ibu bapa/penjaga dikehendaki mengisi borang kebenaran pulang, sebagai bukti perakuan membawa balik anak di bawah jagaan atas urusan seperti yang dinyatakan di atas.
5.2 MASUK KE KAWASAN SEKOLAH
5.2.1 Pelajar hanya dibenarkan masuk ke kawasan sekolah pada hari persekolahan/ko- kurikulum dan acara/ majlis rasmi.
5.2.2 Orang luar/pelawat termasuk ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan masuk kecuali hujan/kecemasan.
5.2.3 Setiap pelawat/ibu bapa/penjaga dilarang sama sekali terus menemui anak di bawah jagaan mereka di dalam kelas.
5.2.4 Setiap pelawat/ibu bapa/penjaga yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti mendapatkan pas kebenaran masuk daripada pengawal keselamatan dan perlu mencatat tarikh, hari, masa, nama, no kad pengenalan, dan tujuan lawatan di buku rekod keluar masuk ke kawasan sekolah.
5.2.5 Setiap pelawat / ibu bapa / penjaga yang ingin masuk ke kawasan sekolah mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah terlebih dahulu.
PERKARA 6 : PERHIMPUNAN
6.1 PERATURAN AM
6.1.1 Pelajar perlu berada di kawasan perhimpunan 5 minit sebelum masa perhimpunan diadakan.
6.1.2 Semasa perhimpunan sekolah, semua pelajar diwajibkan hadir. Pelajar-pelajar hendaklah beratur di luar kelas mengikut tingkatan dan berjalan segera dengan teratur ke tempat perhimpunan. Di tempat perhimpunan pelajar hendaklah berbaris mengikut tingkatan seperrti yang telah ditetapkan.
6.1.3 Aturcara perhimpunan :
a) Ucapan pengerusi
b) Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Melaka Tanah Airku
c) Ucapan guru bertugas (minggu sebelumnya)
d) Ucapan Guru Disiplin
e) Ucapan mana-mana guru
f) Ucapan Pengetua, GPK 1, GPK HEM, PK Koku @ Penyelia Petang
g) Nyayian Lagu Sekolah
h) Doa
i) Dan lain-lain jika difikirkan perlu
6.1.4 Masa perhimpunan:
a) Sesi pagi : 6.45-7.20 pagi (setiap Isnin)
b) Sesi petang : 3.10-3.20 (setiap Isnin)
c) Perhimpunan juga boleh dilakukan mengikut mana-mana keperluan
6.1.5 Semasa berada di tempat perhimpunan, semua pelajar dikehendaki berdiamdiri dan senyap.
6.1.6 Semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu kebangsaan “Negaraku” dan lagu “Melaka Tanah Airku” dengan teratur dan penuh semangat apabila bendera Malaysia, Melaka dan Sekolah dinaikkan semasa perhimpunan. Menjadi tanggunjgjawab setiap pelajar menghormati lagu kebangsaan, Negeri dan Sekolah dengan berdiri tegak apabila lagu itu dinyanyikan.
6.1.7 Semua pelajar dikehendaki sentiasa senyap dan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada semua ucapan dan pengumuman yang disampaikan oleh Pengetua dan guru-guru.
6.1.8 Pelajar yang lewat, dikehendaki berdiri tegak di mana-mana sahaja dia berada dalam kawasan sekolah semasa lagu kebangsaan , negeri dan sekolah dinyanyikan, sebagai tanda menghormati lagu tersebut. Pelajar-pelajar ini dikehendaki membuat satu barisan khas tidak mengikut tingkatan di tepi tempat perhimpunan.
Abstrak lain tentang Peraturan Sekolah part 2