PERKARA 7 : KESOPANAN DAN KESUSILAAN PELAJAR
7.1 KESOPANAN DALAM SEKOLAH
7.1.1 Sebelum loceng pertama dibunyikan, pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas untuk meletakkan beg dan buku. Pelajar hanya dibenarkan berada di kawasan kantin sahaja . Mereka tidak dibenarkan berada di dalam kelas kecuali bagi pelajar yang bertugas sahaja.
7.1.2 Sekiranya guru tidak datang ke kelas dalam masa 5 minit, ketua kelas/penolong kelas dikehendaki bertanya kepada guru bertugas.
7.1.3 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga peralatan di dalam kelas. Ketua kelas mesti melaporkan kepada guru tingkatan dengan segera jika berlaku sebarang kerosakkan.
7.1.4 Semasa pembelajaran sedang berjalan, pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran guru berkenaan atau pengawas atau ketua kelas di dalam kelas yang akan memberikan “kad atau Pas Keluar Kelas”.
7.1.5 Pelajar yang hendak masuk kelas dan guru sedang mengajar, dikehendaki mengetuk pintu terlebih dahulu dan menerima kebenaran masuk.
7.1.6 Pelajar mestilah bangun memberi hormat apabila guru-guru atau pelawat-pelawat masuk ke dalam kelas dan memberikan ucapan “Selamat sejahtera/salam” dan hendaklah bangun apabila mereka keluar meninggalkan kelas dengan mengucapkan “terima kasih”.
7.1.7 Pelajar-pelajar yang lambat hadir ke sekolah mestilah mengetuk pintu dan meminta kebenaran masuk daripada guru dan memberitahu sebab-sebab kelewatannya.
7.1.8 Pelajar dilarang membuat bising semasa ketiadaan guru dalam kelas. Sekiranya guru lambat masuk ke kelas, ketua kelas mestilah memanggil guru berkenaan. Jika guru tidak hadir ke sekolah, ketua kelas atau pengawas mestilah mengawas kelas tersebut
sehingga guru ganti datang atau jika tiada, ketua kelas akan mengawasi pelajar. Laporkan kepada guru disiplin jika pelajar bising.
7.1.9 Pelajar-pelajar diwajibkan menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
7.1.10 Semua pelajar diwajibkan mengambil ujian-ujian bulanan, peperiksaan sekolah
dan peperiksaan PMR dan SPM.
7.1.11 Semua pelajar diwajibkan mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan bagi pelajar SMKP.
7.1.12 Apabila hendak bercakap atau mengemukakan pertanyaan, pelajar mestilah mengangkat tangan. Apabila dibenarkan bercakap, berdirilah dengan betul iaitu kedua-dua tangan lurus ke bawah bukannya dimasukkan ke dalam poket atau bercekak pinggang.
7.1.13 Pelajar dikehendaki memberi hormat ucap salam, selamat sejahtera, selamat pagi
dan sebagainya kepada guru-guru, warga sekolah dan tetamu ketika berada di sekolah.
7.1.14 Pelajar tidak digalakkan pergi ke tandas semasa kelas sedang dijalankan atau semasa pertukaran waktu mata pelajaran.. Seboleh-bolehnya pelajar dikehendaki membiasakan diri pergi ke tandas sebelum loceng pertama dibunyikan atau semasa rehat.
7.1.14 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan harta benda milik pelajar di dalam kelas.
7.1.15 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan makan dan minum di dalam kelas dan semasa perhimpunan sekolah. Pelajar-pe;ajar hanya dibenarkan minum selepas waktu Pendidikan Jasmani.
7.1.16 Berhubung dengan perkara 1.3 jika pelajar datang ke sekolah selepas digantung 1 atau 2 minggu tetapi masih mengulangi perbuatan yang sama dia akan diberi amaran keras dan seterusnya boleh dibuang sekolah.
7.1.17 Apabila membeli makanan semasa rehat, pelajar-pelajar dikehendaki beratur dengan tertib dan ikut arahan pengawas-pengawas yang bertugas.
7.1.18 Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika makan dan minum.
7.1.19 Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau saki baki makanan di atas meja atau di tempat mencuci tangan (sinki)
7.1.20 Masukkan segala jenis pembalut makanan dan baki makanan ke dalam tong sampah yang disediakan di kantin. Pinggan, sudu, cawan, botol dan piring yang digunakan hendaklah diletakkan di dalam bekas yang disediakan.
7.1.21 Para pelajar dilarang membeli makanan di luar waktu rehat.
7.1.22 Para pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur kantin.
7.1.23 Para pelajar hendaklah menjaga kebersihan kantin.
7.1.24 Para pelajar dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah.
7.1.25 Para pelajar dilarang menjual minuman atau makanan di kawasan sekolah kecuali aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Hari Pasar Ria, Hari Usahawan dan sebagainya.
7.1.26 Para pelajar hendaklah sentiasa membuang sampah ke dalam tong sampah.
7.2 KESOPANAN DI LUAR SEKOLAH
7.2.1 Pelajar haruslah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap semasa menghadiri sebarang kursus, seminar, lawatan atau pertandingan luar sekolah.
7.2.2 Pelajar haruslah berkelakuan sopan dan sentiasa memamtuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
7.2.3 Pelajar haruslah menjaga imej dan nama baik sekolah semasa berada di tempat-
tempat awam ketika memakai pakain seragam sekolah.
7.2.4 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakain seragam sekolah ketika hendak membeli belah di pasaraya atau ke pusat-pusat hiburan atau ke taman-taman rekreasi.
7.3 BILIK-BILIK KHAS
7.3.1 Setiap pelajar mestilah mematuhi peraturan bilik-bilik khas seperti bilik guru, makmal, bilik kemahiran hidup, bilik ERT, surau, bilik komputer, bilik gerakkan, pejabat, bilik penolong kanan, bilik PK HEM, bilik penyelia petang, bilik disiplin, bilik setiausaha peperiksaan, bilik seni dan tandas (termasuk langkah-langkah keselamatan)
7.3.2 Penggunaan tandas
a. Pelajar sesi pagi – tandas di tingkat dua
b. Pelajar sesi petang – tandas di tingkat satu