PERKARA 8 : PENAMPILAN DIRI
8.1 PAKAIAN SERAGAM PELAJAR SEKOLAH
8.1.1 Baju kurung
a.Warna putih
b.Kain daripada jenis cotton
c.Labuh sampai paras lutut
d.Lengan panjang
e.Potongan tradisional dan leher teluk belanga
f.Mestilah meletakkan butang atau kerongsang
8.1.2 Kain kurung
a. Warna biru laut
b. Panjang/ labuh kain sehingga paras tumit kaki
c. Kain daripada jenis cotton
d. Fesyen – sama ada ‘A’ Line atau kipas
8.1.3 Baju kemeja
a. Warna putih
b. Lengan pendek
c. Berkolar
d. Tiada “lisu” di depan dan di belakang
8.1.4 Pinafore
a. Warna biru laut
b. Kain jenis cotton
c. Panjang mestilah sampai paras lutut
8.1.5 Tudung
a. Tudung mini bentuk 3 segi dua sama
b.Warna putih sahaja
c.Kain jenis lembut polyster
d.Ukuran :
i) Dari sisi - di bawah paras bahu
ii) Dari depan- hujung di bawah paras pusat
iii) Dari belakang – hujung di bawah paras pingang
e. Mesti dilipat dan diletakkan peniti yang bersaiz kecil dan tidak berwarna.
f. Tiada hiasan di tepi tudung contoh: renda atau sulaman dan sebagainya.
g. Semasa menghadiri sekolah/aktiviti kokurikulum/kelas PJK/kelas
tambahan dan sukan, pelajar yang memakai tudung wajib memakai tudung
untuk aktiviti tersebut.
8.1.6 Anak tudung
a.Warna putih untuk hari persekolahan.
b.Warna hitam untuk aktiviti sekolah/ko-kurikulum/PJK
c.Tidak boleh menggunakan plastik pengeras tudung
8.1.7 Baju dalam (singlet) dan kain dalam
a. Mestilah berwarna gelap dan tidak bercorak
b. Ukuran baju dalam mestilah sehingga paras pinggang.
c. Ukuran kain dalam mestilah paras atas buku lali bagi kain kurung dan paras atas
lutut bagi pelajar yang memakai skirt atau pinafore.
8.1.8 Lencana
a. Mestilah dijahit dengan menggunakan benang putih
b Diletakkan di tudung atau baju kurung/pinefore/kemeja
c. Kedudukan lencana:
i. Pelajar sesi petang : kanan
ii.Pelajar sesi pagi : kiri
iii.Lencana mesti di sebelah atas tanda nama
d.Pelajar yang memakai tudung juga dikehendaki menjahit lencana di atas baju kurung
e.Lencana tidak boleh diwarnakan/diconteng
8.1.9 Tanda nama
a. Dilekatkan di tudung atau baju kurung/pinefore/kemeja
b..Mestilah dijahit dengan menggunakan benang putih
c. Kedudukannya di sebelah kiri bawah daripada lencana
d.Pelajar yang memakai tudung juga dikehendaki menjahit tanda nama di atas
baju kurung.
e. Tanda nama tidak boleh diwarnakan/diconteng
8.1.10 Stokin
a.Warna putih
b.Tidak bercorak atau mempunyai hiasan
c. Ukuran menutupi atas buku lali
8.1.11 Kasut sekolah
a. Kasut getah atau kanvas sepenuhnya
b. Warna putih
c. Tinggi tidak melebihi paras buku lali
d. Pelajar dilarang memakai selipar atau kasut selain daripada kasut sekolah.
e. Tali kasut tidak boleh dililit
8.1.12 Beg sekolah
a.Beg yang bersesuaian dengan seorang pelajar sekolah. (30X30 cm)
8.1.13 Perhiasan
a. Jam tangan -saiz muka jam tidak melebihi besar duit 20 sen
b. Barang kemas -tidak dibenarkan memakainya
c. Anting-anting -bukan emas
-saiz kecil
-mestilah diletakkan di hujung teling
-tidak melebihi 1 pasang
- tidak dibenarkan memakai subang atau anting-anting di hidung.
d. Kerongsang -saiz kecil dan tidak melebihi duit 10 sen
e. Peniti -saiz kecil dan tidak berwarna (besi)
8.1.14 Guru pengajaran dan pemelajaran masa pertama (5 minit pertama) boleh membuat spot-check penampilan diri pelajar.
8.2 RAMBUT
8.2.1 Pelajar dinasihatkan berambut hingga mencecah bahu sahaja. Jika rambut panjang menyentuh atau melebihi paras bahu, pelajar berkenaan diwajibkan mengikat rambut dengan menggunakan riben atau getah berwarna hitam atau biru gelap sahaja.
8.2.2 Pada bahagian hadapan, rambut tidak dibenarkan melebihi kening. Sekiranya melebihi kening, pihak sekolah berhak untuk memotongnya setelah 3 kali amaran bertulis diberikan.
8.2.3 Pelajar dilarang berambut pendek menyerupai seperti lelaki.
8.2.4 Rambut berfesyen dan menjolok mata dilarang sama sekali.
8.2.5 Pelajar hanya dibenarkan menggunakan getah rambut, sepit rambut dan cekak rambut yang bewarna biru gelap dan hitam sahaja.
8.2.6 Pelajar dilarang mewarnakan rambut walaupun dengan menggunakan inai. Sekiranya pelajar mewarnakan rambutnya, pihak sekolah berhak untuk memotongnya setelah 3 kali amaran bertulis.
8.3 KUKU
8.3.1 Pelajar dilarang berkuku panjang. Sekiranya pelajar mempunyai kuku
panjang, pihak sekolah berhak untuk memotongnya.
8.3.2 Pelajar dilarang mewarnakan kuku walaupun dengan menggunakan inai.
8.4 KENING
8.4.1 Pelajar tidak dibenarkan mencukur atau mencabut bulu kening.
8.4.2 Pelajar juga dilarang mencukur/mencabut/mengunting semua jenis bulu di kawasan muka.
8.4.3 Pelajar dilarang menggunakan celak mata atau mascara atau apa sahaja alat solek.
14Sekolah Rendah : Peraturan Sekolah
PERKARA 9 : KANTIN SEKOLAH.
9.1 PERATURAN AM
9.1.1 Ketika membeli makanan semasa rehat, pelajar dikehendaki beratur dengan tertib dan mengikut arahan pengawas yang bertugas di kantin.
9.1.2 Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika minum dan makan di kantin.
9.1.3 Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan di atas meja atau di tempat mencuci tangan/sinki.
9.1.4 Masukkan segala jenis pembalut makanan dan baki makanan ke dalam tong sampah yang disedikan di kantin. Pingan, sudu, cawan, botol dan apa sahaja peralatan kantin yang digunakan oleh pelajar hendakalah diletakkan di dalam bekas yang disediakan.
9.1.5 Pelajar dilarang membeli makanan di luar ketika waktu rehat.
9.1.6 Pelajar dilarang masuk ke dalam dapur kantin.
9.1.7 Pelajar hendaklah menjaga kebersihan kantin. Sekiranya kantin kotor, semua pelajar akan didenda untuk membersihkannya.
9.1.8 Pelajar dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah.
9.1.9 Pelajar dilarang makan dan minum di luar kawasan kantin sekolah.
9.1.10 Pelajar tidak dibenarkan menjual sebarang bentuk makanan atau minuman..
9.1.11 Pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di meja guru.
9.1.12 Pelajar dilarang menjerit semasa berada di kantin dan semasa membeli makanan.
9.1.13 Pelajar dilarang berludah dan membuang sampah di sekitar kawasan kantin.
9.1.14 Pelajar dikehendaki berbaris ketika membeli makanan di kantin.
Abstrak lain tentang Peraturan Sekolah part 4