• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Undang-Undang & Politik>Undang-Undang - Am>Perbezaan HUKUMAN SEBAT CARA ISLAM DENGAN SEBAT CARA SIVIL

.

Perbezaan HUKUMAN SEBAT CARA ISLAM DENGAN SEBAT CARA SIVIL

oleh : lalangserai    

Pengarang : MI
PERBEZAAN HUKUMAN SEBAT CARA ISLAM DENGAN CARA SIVIL DI MALAYSIA.
underline;">SEBAT CARA ISLAM
1-Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm.
2-Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3-Sebatan tidak boleh kena muka, kepala,perut,dada atau bahagian sulit.
4-Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5-Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6-Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7-Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL
1-Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz
2-Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3-Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4-Bahagian daging punggung akan tededah untuk disebat.
5-Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikatkan kedua kaki dan  tangan.
6-Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7-Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8-Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum islam dibawah seksyen 136 enakmen pentadbiran agama islam dan adat resam melayu pahang 1985 dan boleh dihukum dibawah seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum islam sebenarnya.
Apa  yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan didalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum islam, kerana mengikut islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya menutup aurat.
Alatan sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana , antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak bole diangkat sehinggan menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh  mencederakan dan sebatan dilakukan dibeberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan
 serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Diterbitkan pada: September 08, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.