Rerumah Shvoong > Undang-Undang & Politik > Undang-Undang - Am > Undang-Undang Keluarga > Keganasan rumahtangga dan ganguan seksual

.

Keganasan rumahtangga dan ganguan seksual

Summary rating: 2 stars 5 Ulasan
Abstrak oleh : Buwau
Lawatan : 168  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Januari 07, 2008
Jika dahulu para suami fikir mereka boleh melakukan
sewenang-wenangnya terhadap isteri-isteri mereka, kini mereka perlu berfikir dua
kali kerana Akta Keganasan Rumahtangga 1994 menghalang si suami daripada
memperlakukan si isteri sesuka hati.

Dan anda juga kini harus berhati-hati dengan sebarang kemungkinan diheret ke
mahkamah atas tuduhan gangguan seksual walaupun hanya melalui gurauan atau
isyarat bersiul.

Inilah dua nasihat yang telah diberikan oleh Pusat Bantuan Guaman Perak melalui
wakilnya M. Gokoolaram Naidu dan peguam Manjeet Kaur ketika mengisi slot ceramah
Kesedaran Undang-undang mengenai isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual
semasa menyertai Kempen Kesedaran Kesihatan dan Undang-Undang dalam satu Kem
Perubatan yang dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Rangkaian Khidmat Maklumat
Perak (PINSO), Klinik Kesihatan Greentown dan Gereja St. John.


Kempen tersebut yang telah diadakan pada 06.05.2007 bertempat di Dewan Gereja
St. John, Ipoh, Perak telah menarik kehadiran warga Ipoh khususnya, tanpa
mengira kaum dan latar belakang agama.

Kempen seperti ini merupakan satu peluang yang baik bagi pengunjung-pengunjung
yang ingin mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat undang-undang
secara percuma yang boleh diperolehi apabila berkunjung ke gerai-gerai pameran
yang disediakan sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Abstrak lain tentang Keganasan rumahtangga dan ganguan seksual
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------