.

Cuti Bersalin 15 Minit

Summary rating: 2 stars 4 Ulasan
Pengarang : cayangalin
Abstrak oleh : cayangalin
Lawatan : 99  Perkataan: 600   Diterbitkan pada: Mac 27, 2008
Pada suatu ketika, saya sedang melayari blog-blog penulis kreatif di internet, mata saya tertacap pada sebuah artikel yang dimuatturunkan oleh tidak lain tidak bukan kakak saya sendiri. Artikel ini adalah berkenaan peraturan baru yang diperkenalkan oleh majikan-majikan di negara China terhadap pekerja-pekerja mereka. Apabila membaca artikel berkenaan pemikiran saya terbawa kepada imaginasi di zaman revolusi industri melanda. Walaupun saya tidak pernah berada pada era berkenaan tetapi buku-buku dan artikel-artikel yang menceritakannya dengan terperinci membuatkan saya seperti berada di sana (dalam imbauan imaginasi). dalam artikel yang saya baca itu ada menyatakan satu peraturan baru yang di laksanakan oleh pihak majikan (kilang pengeluaran) yang mana memberikan "cuti rehat" selama 15 minit kepada wanita yang bekerja dengan mereka untuk melahirkan anak, berehat dan mencuci kawasan tempat beliau melahirkan anak berkenaan. ya 15 MINIT..selepas itu kembali menjalankan kerja seperti biasa. sebelum ini, wanita yang mengandung dan bakal melahirkan anak tidak diberikan sebarang perlepasan sekiranya beliau melahirkan anak. beliau mesti meneruskan pekerjaannya walaupun mengalami kesakitan untuk melahirkan anak. anak yang lahir itu akan dibiarkan di lantai sampai si ibu tamat waktu pekerjaan. teruk bukan. tetapi peraturan baru membenarkan mereka untuk mengambil masa selama 15 minit untuk melahirkan anak. malah kilang-kilang juga memberikan tempat untuk melahirkan anak (tanpa doktor atau bidan).Apabila membaca artikel berkenaan saya merasa sangat terkejut dan kesal dengan perkara ini. dalam masa yang sama saya bersyukur kerana menjadi rakyat malaysia. di malaysia kita diberi cuti bersalin selama 60 hari. malah suami juga turut diberikan cuti selama seminggu. pun begitu kita masih merasakan ianya tidak cukup. bagaimana pula wanita di china yang hanya diberikan cuti 15 minit? cuba kita letak diri kita di tempat mereka. mampukah kita melaluinya?situasi in mendapat perhatian dari NGO-NGO luar negara dan mereka menyifatkan kerajaan China sebagai mencabuli hak asasi manusia. walaubagaimana pun peraturan yang diamalkan oleh kilang-kilang di China mendapat sokongan padu kerajaannya. apabila ditanya mengenai peraturan baru ini kepada pekerja-pekerja wanita di sana mereka menyokong peraturan berkenaan dan menyatakan yang ianya lebih baik daripada sebelum ini kerana sekurang-kurangnya mereka dapat memegang dan melihat anak mereka sejurus dia dilahirkan. http://www.theonion.com/content/node/48743

Abstrak lain tentang Cuti Bersalin 15 Minit
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Lagi tentang Undang-undang Buruh


Recent Shvoongers

  • aduka
  • Buwau
  • Kimimaro
  • notarazi
  • Pitung78
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • kwenzc
  • fizsolution
  • ijass
  • Jaymez
  • b00TunK
  • BabyReptilia
  • beloved

.