"Apa benar UMNO pejuang Melayu atau pejuang Melayu Feudal"?
Kalau kita imbas kembali sejarah perjuangan UMNO
kita sedar ianya bermula dari istana dan ditunjangi oleh para bangsawan dan putera raja.Mereka kesemuanya mendapat pendidikan ingeris dan majoritinya belajar di England sebelum pulang dan berkhidmat di pejabat pejabat kerajaan sebagai Civil Service Officer!Secara jelas pihak british merestui perjuangan mereka!
Adakah mereka itu perjuangkan Bangsa Melayu atau menjaga kepentingan British dan para Bangsawan! Jelas mereka sebenarnya 'English Wannabee' dan sehingga sekrang mereka tetap "English Wannabee" maka tidak hairanlah perjuangan memertabatkan Bahasa Melayu oleh mereka adalah perjuangan sambil lewa kerana dilubuk hati mereka Bahasa Inggeris adalah segala galanya.
Maka kalau mereka benar benar perjuangan Nasionalisme yang tinggi sudah sudah pasti mereka telah pun dari awal lagi menukar nama mereka yang berbau Inggeris kepada yang berbahasa Melayudan bukanya UMNO!Bukankah ini secara jelas mereka itu golongan English Wannabee'.
Dan juga juga seandainya mereka benar benar memperjuangkan Nasionalisme Melayu sudah pasti Bahasa Melayu berdiri megah semegah kemajuan Bangsa Malaysia dan bukannya Bahasa Inggeris yang sehingga kini bermaharajalela.Bahasa Melayu yang mereka perjuangkan sambil lewa umpama Bahasa yang melukut ditepi gantang.
Tak usahlah beralasan bahawa masyarakat kita masyarakat majmuk dan kita menuju era globalisasi sebagai alasan untuk menidakkan peranan bahasa Melayu!
Kerana mereka yang sebenarnya English Wannabee maka sebab itulah mereka sendiri mengabaikan bahasa Melayu.
Seandainya para pejuang sebenarnya seperti Pak Sako serta Burhanuddin Helmi menerajui perjuangan semasa menuntut kemerdekaan sudah pasti negara ini mengamalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan bangsa dan bukannya seperti yang terjadi dewasa ini.
Berfikirlah sejenak apakah UMNO betul betul perjuangkan hak hak orang Melayu dan bolehkah memperjuangkan bangsa Melayu di malaysia kelak yang sekarang ini banyak dikuasai oleh mereka berkepentingan peribadi semata mata!