Saya telah mencuba mengurangkan beberapa kilogram sejak doktor memberitahu bahawa
Saya gemuk. Dia katakan saya perlu mengurangkan
berat badan kepada 20kg.Pada masa itu, berat saya ialah 91kg tetapi pada hari ini saya ringan 6kg. Saya hilang 6kg didalam masa 3 bulan sahaja. Saya fikir jika saya teruskan metode ini, saya akan mencapai sasaran saya 80
kg berat badan dihuung tahun ini. sememangnya kejayaan ini berdasarkan kepada nasihat doktor saya. Rahsia saya adalah seperti berikut: 1.Bersukan atau bersenaman diantara 30-60 minit setiap hari; 2.Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat;Hindari
makanan dan minuman yang mempunyai gula yg banyak dan masin;3.Kurangkan jumlah makanan kepada 50%.Tetapi pada hari Sabtu dan Ahad saya makan
lebih sikit; 4.Minum banyak air putih; 5.Hindari makanan yang terlalu berminyak;6.Mkan lebih banyak ikan dan kurangkan danging;7.Makan lebih sayur dan buah-buahan. Akhir sekali, berjuang dan jangan mudah berputus asa. Anda mungkin tergoda untuk mengabaikan sukan atau seneman dan mahu makan lebih. Tetapi kawallah diri anda dan fikirkanlah kebaikan mempnyai badan yang ringan! Bagi saya, metode ini berkesan. Cubalah, siapa tahu ianya akan membawa hasil yang lumayan kepada anda.
Abstrak lain tentang Cara mudah mengurangkan berat badan