Dewasa ini, ramai antara
kita yang suka memakan
makanan segera ataupun "fast food". Makanan sebegini sebenarnya lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Ia samlah dengan makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk meyakinkan orang ramai kelazatannya. Tempat-tempat perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi
Tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat.
Walaupun bukan semua makanan segera ni remeh .Ia sememangnya makanan tetapi mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Biasanya kalau kita bukannya penggemar makanan segera ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kesihatan kita. Tetapi jika sebaliknya, awaslah anda sekarang diburu oleh beberapa penyakit, mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan
darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin
kanser usus besar dan pelbagai jenis kanser yang lain.
Abstrak lain tentang Makanan Segera