Rerumah Shvoong > Perubatan & Kesihatan > KESIHATAN DAN PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN

.

KESIHATAN DAN PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN

Summary rating: 2 stars 9 Ulasan
Pengarang : VAISHALI JAIN
Abstrak oleh : VEROPERPETUA
Lawatan : 243  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Disember 08, 2007
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada PETS HEALTH AND CARE
COKLAT ADALAH MANIS TETAPI BOLEH MEMBUNUH HAIWAN PELIHARAAN ANDA
Coklat dan koko mengandungi methylxanthin, theobromin dan kafein yang menjadi racun kalau diberikan secara berlebihan kepada haiwan peliharaan.  Yang paling merbahaya ialah ''baking chocolate'' yang mengandungi  tujuh hingga sepuluh kali theobromin daripada COKLAT susu biasa. 

Anjing lebih berkemungkinan untuk diracuni kerana memakan coklat kalau berbanding dengan kucing.  Ini mungkin kerana anjing lebih suka rasa manis coklat dan kucing lebih cerewet tentang pemakanan mereka kalau dibandingkan daripada anjing.  Hanya sedikit coklat pun boleh memberi kesan sampingan.  Kesan-kesan ini termasuk stimulasi kepada sistem saraf, kadar denyutan jantung yang cepat, kelemahan, muntah dan cirit-birit, ketidakamanan, denyutan jantung yang tidak terkawal, terlalu aktif dan berkencing dengan lebih kerap.  Tanda-tanda ini muncul selepas 4 hingga 5 jam selepas pencernaaan.  Tanda-tanda yang lebih serius ialah kejutan badan, sawan dan kematian.  Tanda klinikal mungkin tidak muncul selepas beberapa jam selepas pencernaan dan pemulihan selengkapnya selepas perubatan mungkin akan mengambil masa beberapa hari.

Kajian keracunan menunjukkan bahawa berbanding dengan haiwan lain, anjing lebih sensitif kepada theobromin.  Ini adalah kerana mereka mempunyai kadar metabolik yang rendah dan ini menyebabkan theobromin berada dalam saluran darah untuk jangka masa yang lebih panjang.  Selepas satu dos, tempoh masa hidup seekor anjing yang dewasa ialah 17 jam kalau dibandingkan dengan 6 jam masa hidup seorang manusia.  Ini mungkin juga berlaku kalau berlaku kepada kucing.

Kalau diberikan peluang, kebanyakan haiwan peliharaan  lebih berkemungkinan untuk makan coklat secara berlebihan.  Untuk sebab ini, semua makanan yang mengandungi coklat harus disimpan di tempat yang tidak dapat dicapai oleh haiwan peliharaan mereka.   Sekiranya haiwan peliharaan mereka termakan coklat secara tidak sengaja, maka mereka mesti membawa haiwan mereka untuk dirawat oleh doktor haiwan. 

Abstrak lain tentang KESIHATAN DAN PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------